
Pengeluar motosikal Jerman, BMW Motorrad sedang menyiapkan untuk pelancaran produk baru pada tahun 2019. Buat pertama kalinya, varian G310R telah dipamerkan di Jepun. Dikenali sebagai sebagai BMW G 310 RR, motosikal telah dipamerkan pada BMW Motorrad Day di Jepun.
2019 baru BMW G 310 RR mempunyai badan yang diperbuat dari bahan gentian karbon dengan fairing sisi yang cukup sporty dan agresif. . Perumah utama hadapan direkabentuk secara agresif dan juga dipasangkan dengan visor gelembung untuk aerodinamik.
Secara Keseluruhannya, G 310 RR ini kelihatan jauh lebih sporty berbanding G 310 versi naked.
BACA: BMW MALAYSIA LANCAR GS310 RM29K SAHAJA!
Varian supersport BMW G 310 R ini menggunakan bahagian serat karbon yang banyak berbanding rakan teknikalnya TVS 310. BMW G 310 RR ini dijangka membuat penampilan pertamanya di pameran motosikal Intermot, Jerman atau Pameran motosikal EICMA 2018 di Itali pada November 2018.
Selain badan serat karbon, BMW G 310 RR juga mendapat rekaan sistem ekzos bawah pelana.
Adakah ini akan jadi sportbike BMW mampu milik di Malaysia?
Sudah tentu, cuma apa yang kami difahamkan, pengeluaran BMW siri 310 setakat ini tidak mampu memenuhi permintaan yang sangat tinggi di seluruh dunia.
Dan sudah tentu, BMW Motorrad Malaysia akan mengambil keputusan penting untuk melancarkannya pada tarikh yang sesuai. Ya. sebab senarai menunggu G310GS pun dengar khabarnya sangat panjang.
GALERI