Buletin

PENUHI KEPERLUAN MOBILITI ANDA DENGAN SOCAR MALAYSIA

SOCAR Malaysia, platform perkongsian kereta terbesar di Malaysia baru-baru ini memperkenalkan perkhidmatan, ciri yang telah ditambah baik dan pasukan khidmat pelanggan baharu.

Semua itu diperkenalkan dalam satu majlis bagi menunjukkan keupayaan SOCAR dalam memenuhi segala keperluan ahli-ahlinya.    

“Kami melihat permintaan terhadap perkongsian kereta semakin tinggi sejak kami mulakan perkhidmatan ini pada Januari 2018. Langkah memilih Malaysia sebagai destinasi pertama pengembangan kami di luar negara sememangnya satu pilihan yang tepat.   

“Kami menggunakan data untuk mengetahui kecenderungan pelanggan. Menawarkan kereta di lokasi strategik dan harga yang sukar ditolak oleh penguna. Kami mahu SOCAR bukan sekadar menjadi satu bentuk mobiliti, tetapi dapat memberikan pelanggan kebebasan untuk pergi ke tempat yang mereka ingini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif  SOCAR Malaysia, Leon Foong.

SOCAR Malaysia mengkaji permintaan dan corak pemanduan ahlinya. Ia kemudian menyediakan perkhidmatan baru seperti Oneway to the Airport dan SOCAR2U di mana SOCAR menghantar kereta ke pintu rumah anda.

Perkhidmatan SOCAR2U merangkumi kawasan USJ21 ke Bukit Bintang dan Kota Damansara. Pelanggan boleh menempah kereta yang mereka sukai, dihantar dam dipulangkan ke lokasi yang diingini dengan caj hanya RM10, selagi ia berada dalam kawasan yang dinyatakan tadi.

Sejak tahun lalu, keahlian SOCAR Malaysia telah meningkat kepada 500,000 dengan ada di antara mereka menempah kereta sehingga 30 hari.

SOCAR Malaysia kini mempunyai 2,000 buah kenderaan melibatkan 26 model seperti Volkswagen Polo, Perodua Alza, BMW 330e dan Mazda CX-5. Kereta baharu ditambah pada setiap bulan.

Bagi meraikan pasukan SOCAR Malaysia yang kini lebih kuat dan besar, orang ramai boleh mengambil bahagian dalam permainan video dalam talian yang menawarkan kod promo bernilai RM500,000.

Google ads
Back to top button