
SUV BERKOTAK KIA EV9 DIPERKENAL PADA MAC, SAINGI VOLVO?
Selepas memperkenalkan dan menawarkan model elektrik EV6 di pasaran, Kia kembali dengan sebuah lagi model iaitu SUV EV9 dan imej penuh bakal didedahkan pada pertengahan Mac.
Jika EV6 tampil dengan rekaan sporti dan beralun, EV9 pula dibuat dalam bentuk berkotak dan ala Volvo XC90 atau model terbaru EX90.
Kedua-dua EV6 dan EV9 dibina dari platform elektrik khusus iaitu Electric Global Modular Platform (E-GMP).
Kia sebelum ini telah mempertontonkan EV9 Concept 2021 dan mempunyai tiga baris tempat duduk.
Volvo pula memperkenalkan model produksi EX90 pada November 2022 dan nampaknya segmen SUV tiga baris bakal meriah sekiranya EV9 ditawarkan dalam konfigurasi tempat duduk yang sama.
Akronim EV9 merujuk kepada kenderaan elektrik (EV) manakala nombor sembilan mewakili segmen model yang khusus untuk siri EV Kia.
Selain badan berkotak, corak lampu depan juga menarik dan secara umumnya Kia sekarang ini menggunakan gaya bahasa baharu yang dikenali sebagai Opposites United.
Selepas imej penuh didedahkan, maklumat terperinci bakal dikongsi kepada orang ramai semasa pelancaran global yang dijadualkan pada penghujung Mac.
Seperti kelaziman, Kia dan Hyundai mempunyai kembar sebagai contoh EV6, IONIQ 5 dan IONIQ 6. SUV elektrik Hyundai iaitu IONIQ 7 pula bakal menyusul pada 2024.
BACA: KIA CIPTA REKOD DALAM TEMPOH 32 TAHUN DI UK, 100 RIBU JUALAN PADA 2022!
BACA: KIA RIO 2023 DI AS, HARGA MULA AS$16.4K (RM76.4K)
BACA: TIADA LAGI KIA STINGER DI UK, GANTI DENGAN EV6 GT YANG LAGI BERKUASA!





