Buletin

JUALAN SUZUKI CECAH 80 JUTA UNIT, ALTO PALING LARIS!

Suzuki Motor Corporation berjaya mencatat jualan kereta sebanyak 80 juta unit di peringkat dunia pada penghujung Ogos 2023.

Sejak Suzulight dilancarkan pada Oktober 1955 dan menjadi kereta mini pengeluaran besar-besaran pertama Jepun, Suzuki telah menawarkan pelbagai produk unik yang memenuhi keperluan pelanggan.

Suzuki terkenal dalam penawaran model kompak dan sederhana yang turut mencapai status ikonik seperti Jimny.

Pelancaran Fronte 800 pada 1965 menjadi tanda permulaan Suzuki dalam segmen kenderaan kompak.

Jualan di peringkat antarabangsa bermula dengan Suzulight pada 1959.

Pengeluaran luar negara pertama Suzuki bermula di Pakistan pada 1975 dan sejak itu syarikat giat mengembangkan pusat pengeluaran di negara luar seperti di India pada 1983 dan Hungary pada 1992.

Kilang di India bukan sahaja menjadi pusat pengeluaran pasaran tempatan tetapi juga untuk dieksport ke luar termasuk Afrika.

Secara keseluruhannya Suzuki mempunyai 15 pusat pengeluaran di sepuluh negara termasuk Jepun.

Berikut prestasi jualan kereta Suzuki mengikut pasaran:

  • Jepun – 28.9 juta unit
  • Pasaran luar – 51.27 juta unit 
  • Jepun 36%
  • India 32.6%
  • Eropah 10%
  • Asia 13.5%
  • Pasaran lain 7.8% (Amerika Latin, Oceania, Timur Tengah, Afrika dll)

Dari segi model, Alto yang dilancarkan sejak 1979 mewakili 20 peratus daripada 80 juta unit.

Menjangkau lebih empat dekad, Alto menjadi kegemaran pelanggan dan satu daripada model yang mewakili kereta mini Jepun.

Bermula sebagai kereta mini Jepun, Alto telah berkembang di serata dunia terutama sekali di India dan memberi sumbangan besar kepada jualan Suzuki di negara itu.

Alto mempunyai dua versi dan secara amnya model Jepun atau India di bawah jenama Maruti Suzuki.

Di dalam dunia kenderaan elektrik (EV) sekarang ini, Suzuki akan mempamerkan model EV global yang pertama iaitu ev-X Concept pada Japan Mobility Show pada 26 Oktober.

Naza Eastern Motors juga telah mengesahkan rancangan untuk menawarkan EV Suzuki ke pasaran tempatan.

Di pameran yang sama di Tokyo, Suzuki akan mempertontonkan Swift Concept yang nampak seperti sudah siap untuk ditawarkan kepada umum.

Berikut prestasi jualan kereta Suzuki mengikut jumlah:

  • 10 juta unit – Jun 1989
  • 20 juta unit – Jun 1998
  • 30 juta unit – Disember 2004
  • 40 juta unit – Mei 2009
  • 50 juta unit – April 2013
  • 60 juta unit – November 2016
  • 70 juta unit – Januari 2020
  • 80 juta unit – Ogos 2023

Berikut prestasi model terlaris Suzuki:

  1. Siri Alto – 16.01 juta unit / 20 %
  2. Siri WagonR – 9.5 juta unit / 11.8 %
  3. Siri Swift – 8.95 juta unit / 11.2 %
  4. Siri Every – 8.39 juta unit / 10.5 %
  5. Siri Carry – 7.28 juta unit / 9.1 %
  6. Siri Vitara – 3.95 juta unit / 4.9 %
  7. Siri Jimny – 3.33 juta unit / 4.2 %

BACA: SUZUKI TANDATANGAN PERJANJIAN DENGAN SKYDRIVE, KELUARKAN KERETA TERBANG!

BACA: DAIHATSU, TOYOTA DAN SUZUKI BAKAL PERKENALKAN VAN KEI ELEKTRIK – TAWAR JARAK GERAK 200KM

BACA: TAHUKAH ANDA? SUZUKI DAH JUAL 25 JUTA KERETA DI INDIA!

BACA: TAHUKAH ANDA? DAH 4 JUTA ENJIN SANGKUT SUZUKI KELUARKAN!

Google ads
Back to top button