Artikel Pilihan

RAHSIA KALLE ROVANPERA MEMANDU UJI JENTERA TOYOTA YARIS WRC AKHIRNYA TERBONGKAR

Nama Kalle Rovanpera ini sememangnya cukup digeruni sejak akhir – akhir ini. Pernah hadir dengan reputasi sebagai muncul juara termuda perlumbaan WRC pada musim lalu dan juara FIA WRC musim ini, sememangnya anak muda kelahiran Finland ini sewajarnya diberikan penghormatan yang sewajarnya.

Sebelum ini, pernah tular suatu video beliau yang berusia 8 tahun ketika itu sedang memandu kereta rali di kawasan bersalji menjadikan beliau antara permata rali baharu yang sepatutnya diberikan perhatian di masa hadapan.

Dan kini akhirnya telah bocor satu rahsia yang tersimpan sekian lama, walau pun cakap cakap di kalangan penggiat / peminat rali akan tentang perkara ini. Rupa – rupanya Kalle Rovanpera pernah memandu uji jentera rali Toyota Yaris WRC pada tahun 2016 ketika jentera tersebut masih lagi dalam proses pembangunan. Dan tahukah bahawa Kalle Rovanpera ketika itu hanya berusia 15 tahun sahaja.  Dan rahsia tersebut berjaya disembunyikan daripada pengetahuan orang lain termasuk ibu bapanya sendiri.

Perkara tersebut telah didedahkan melalui saluran YouTube Dirtfish yang memaparkan temubual bersama mantan juara WRC empat kali, Tommi Makinen dan juga Mia Miettinen yang merupakan Naib Pengarah Urusan Toyota Gazoo ketika itu.

Menurut Tommi Makinen, mereka telah membawa tiga pemandu ketika itu untuk memandu uji jentera prototaip tersebut. Esapekka Lappi, Teemu Suninen dan juga Kalle Rovanpera sendiri di sebuah kawasan di Finland. Lebih tepat lagi, Tarikh yang mungkin menjadi sejarah tersebut berlaku pada petang 7 Ogos 2016.

Setelah melakukan sesi ujian, ketiga mereka telah diberikan peluang untuk memandu uji terus jentera tersebut. Dan Kalle Rovanpera tidak membuang masa untuk menyesuaikan diri dan terus mencatat masa yang terpantas, berbanding dua lagi pemandu yang lebih berusia dan berpengalaman.

Dan reaksi daripada Kalle Rovanpera cukup mengejutkan. Ianya mudah, Mudah untuk dipandu dan  cukup laju untuk dipandu, menurut jawapan yang diberikan Kalle Rovanpera kepada Tommi Makinen.

Menurut Mia Miettinen pula, Kalle Rovanpera akan memberikan perhatian kepada setiap maklumbalas yang diberikan pemandu lain dan mengingati terhadap kesemuanya. Apa bila beliau memasuki ke dalam jentera, beliau hanya terus memandu dengan laju untuk mengalahkan yang lain.

Menurut Mia Miettinen lagi, kini hanya masa yang akan menentukan berapa kalikah Kalle Rovanepera ini akan menjadu juara dunia WRC.

Kredit Foto : Tangkap Layar YT DirtFish

BACA : KALLE ROVANPERÄ – INILAH DIA JUARA WRC TERMUDA YANG PATUT ANDA KENALI

BACA : WRC 2022 – KALLE ROVANPERA MUNCUL JUARA WRC TERMUDA!

Google ads

B K

Back to top button