Artikel Pilihan

SUZUKI PERNAH BINA KERETA KONSEP SUZUKI HAYABUSA. YA. IA SEBUAH KERETA

Idea kereta dengan enjin motosikal bukanlah perkara baru. Konsep kereta dengan kerangka binaan tiub khas yang digandingkan dengan enjin empat selinder kecil memungkinkan penghasilan nisbah berat yang sangat dinamik.

Yamaha pernah hasilkan OX99-11. Malah dalam zaman moden ini pun kita ada kereta seperti TVR atau KTM X-Bow.

Ia adalah kereta yang direka dengan satu tujuan – keseronokan memandu. Janganlah harap ia selesa sebab keselesaan adalah perkara terakhir yang difikirkan oleh juruteranya.

BACA: YAMAHA OX-0911. KERETA KONSEP LAGENDA

Ini adalah Suzuki Hayabusa Sport Prototype atau dikenali dengan kod HSP. Ia dipamerkan pertama kali pada pameran Tokyo Auto Salon tahun 2002.

HSP dikuasakan oleh enjin 1.3-liter dengan 175 horsepower and  138Nm tork yang digandingkan dengan kotak gear enam kelajuan sequential yang dipacu roda belakang. Apa yang lebih menarik ialah, beratnya cuma 550 kilogram!

Suzuki menggunakan nama Hayabusa sementelah pengaruh tulisan kanji Hayabusa pada motosikal terbaik mereka GSX-R1300R Hayabusa. Dan sebenarnya ia menggunakan enjin motosikal Hayabusa sendiri.

Pada awalnya, kereta ini dibina untuk tujuan perlumbaan sahaja menerusi model Formula Suzuki Hayabusa. Kemudian Suzuki membina versi jalanan HSP yang membolehkannya dipandu sah di jalanraya.

Badannya dibina dari bahan CFRP (Carbon fibre reinforced plastic) dengan pemasangan enjin sedikit menganjak ke bahagian firewall pemandu. Hasilnya, HSP membahagikan nisbah berat tepat 50:50 di hadapan dan belakang.

Ia dipasangkan dengan pintu gullwing bagi melengkapkan sifatnya sebagai sebuah kereta. Sebenarnya, kereta ini sangat kompak dan kecil. Ia cuma bersaiz 3790 mm panjang, 1760 mm lebar dan hanya 1100 mm tinggi.

Suzuki tidak pernah memberi info lanjut mengenai model ini. Tiada perancangan untuk menghasilkannya dalam bentuk produksi malah Tokyo Auto Salon 2002 adalah satu-satunya pentas HSP dipamerkan dan ia terus dilupakan selepas itu…

GALERI

Google ads
Back to top button