Artikel PilihanMotosikal

SWINGARM GENTIAN KARBON BANYAK MEMBANTU – ESPARGARO

Pelumba pasukan Factory KTM, Pol Espargaro memberitahu bahawa komponen lengan ayun (swing arm) buatan gentian karbon yang baru ini banyak membantunya.

Beliau mencatatkan kedudukan ke tujuh terpantas (+0.495s) sewaktu sesi ujian bebas hari Jumaat (semalam) dalam perlumbaan MotoGP pusingan Perancis yang bakal berlangsung hujung minggu ini.

“Kami telah mengujinya di Jerez pada Rabu lepas, Ia ada rasa yang bagus, terutamanya dengan penggunaan tayar yang betul dan kamu boleh lihat berapa jauh kami boleh pergi dengan tayar Medium”

Ketika karekter “agresif” KTM masih ada, lengan ayun baru ini menawarkan lebih “keselesaan” pada tahap terbaik dan lebih penting lagi, ia lebih ringan dari unit yang diperbuat daripada aluminium sebelum ini.

“Ia seperti ‘menukar arah’, memang bagus sebab ia lebih ringan dan mudah untuk mengatur posisi tunggangan, ia lebih baik” ujar Espargaro

“Ia mengentikan gelinciran lebih awal dan bila memecut, jentera akan terasa lebih pantas ketika jalan lurus. Ia bukanlah perubahan yang sangat dominan, tapi perubahan kecil begini memberi peluang pada anda untuk memaksa motosikal untuk pergi lebih jauh.

“Ia adalah gandingan banyak bahagian. Bukan lengan ayun sahaja. Sebaik ia dipasangkan, bahagian lain motosikal nampak serasi.”

“Inilah yang kita mahukan. Kami sedar, kami kekurangan cengkaman di bahagian belakang, jadi kami berusaha lakukan sesuatu untuk hujung minggu ini.

Rakan sepasukannya, Johan Zarco juga meguji lengan ayun baru ini di Jerez, namun berpendapat ia tidak membantu. Beliau tidak mahu apa-apa perubahan pada jenteranya dan semalam dalam sesi latihan bebas, pelumba Perancis ini mencatatkan masa di tempat ke-17.

Buat masa ini, Ducati dan Honda juga menggunakan swingarm jenis buatan gentian karbon sementara Aprila telah mengujinya pada musim lepas.

Google ads
Back to top button