Buletin

SYM PERKENALKAN PE3 CONCEPT – SKUTER ELEKTRIK DIKUASAKAN OLEH BATERI ALUMINIUM-ION

SYM baru-baru ini memperkenalkan produk inovatif mereka yang digelar sebagai SYM PE3 Concept, dikuasakan oleh bateri aluminium-ion dan boleh dicas oleh enjin pembakaran atau melalui pengecasan soket.

SYM menyediakan penyelesaian untuk kenderaan masa hadapan, di mana dalam tempoh peralihan ke arah kenderaan bebas pencemaran, mereka mencipta kenderaan inovatif dengan menggabungkan enjin petrol serta enjin elektrik, atau enjin Hibrid.

Tetapi berbeza dengan motosikal hibrid secara umumnya, di mana enjin petrol lebih dominan dan enjin elektrik hanya memberikan kuasa tambahan, SYM PE3 sebenarnya berbeza.

Skuter ini bergerak menggunakan enjin elektrik berkuasa bateri, tetapi untuk mengecas semula bateri, enjin petrol digunakan untuk mengecas bateri, jadi skuter ini didakwa lebih cekap dan tidak rumit untuk mengecas semula bateri.

Selain itu, katanya, bateri aluminium ini mempunyai kelebihan iaitu lebih selamat digunakan pada suhu rendah mencecah minus 40 darjah, dan pada suhu tinggi sehingga 80 darjah Celsius.

SYM PE3 menggunakan motor elektrik 4KW yang diletakkan pada hab roda belakang dan cara pengecasan bateri berfungsi secara automatik, di mana jika voltan bateri 75V dikurangkan kepada had terendah 60V, enjin petrol akan mula mengecas secara automatik.

Mengikut data ujian, bateri yang dipasang di dalamnya boleh menempuh jarak 35 kilometer menggunakan kuasa elektrik tulen.

Selepas enjin dihidupkan, bateri dicas semasa kenderaan bergerak, dengan satu liter petrol boleh menjadikan PE3 mampu bergerak sejauh 90 kilometer.

Jadi, dengan kapasiti tangki bahan api 3 liter terbina dalam dan bateri yang dicas penuh, ia dianggarkan secara konservatif mampu menawarkan jarak tempuh lebih daripada 300 kilometer.

Google ads
Back to top button