
SYM TTLBT BAKAL LANCAR DI MALAYSIA BIKE SHOW 2026?
Tahun lalu, kami berpeluang melawata kilang SYM di Taiwan dan diberikan peluang untuk menguji dua model baharu, SYM ADXTG 400 dan TTLBT 508.
Untuk rekod, ADXTG 400 telah pun dilancarkan di Malaysia dengan harga jualan RM29,888 pada bulan Mei tahun lalu.

Setahun kemudian, kami difahamkan bahawa MForce Bike Holdings akan memperkenalkan SYM TTLBT di Malaysia Bike Show 2026 yang akan berlangsung dari 29 Mei hingga 1 Jun 2026.
SYM TTLBT menggabungkan dua elemen (skuter dan motosikal sport-touring) sekaligus mewujudkan rupa bentuk yang unik terutamanya dengan kehadiran panniers berkapasiti 14.4L dan 13.6L bahagian belakang. Kedua-dua panniers tersebut juga boleh ditinggalkan.

Meskipun menampilkan reka bentuk lain dari yang lain, TTLBT dipacu enjin sama yang ditawarkan pada TL508 dengan unit parallel-twin 508cc yang berupaya menjana 45hp dan 50Nm. Membekalkan minyak kepada enjin adalah tangki bahan api berkapasiti 16L.
Pakej elektroni paling mencuri tumpuan yang terdiri dari fungsi seperti:
- ride-by-wire
- cruise control
- dua mod menunggang; Normal dan Rain
- skrin TFT 7-inci (dengan Apple CarPlay) traction control
- ABS
- MSC
- IMU 6-axis oleh Bosch

Tempat duduk pula menawarkan penyandar belakang dengan tiga tetapan berbeza. Bawah tempat duduk pula menempatkan ruang seluas 37L. Sebagai kemudahan, penghadang angin depan boleh diselaraskan dengan hanya menekan butang tersedia.
Ketika menunggang dalam cuaca sejuk atau hujan, penungganng boleh mengaktifkan fungsi heated grip yang juga ditawarkan secara standard. Skuter ini turut dilengkapi dengan fungsi cornering light.
Sekiranya dilancarkan, TTLBT 508 ini bakal bersaing dengan Yamaha TMAX 560 dan KYMCO AK550.
GALERI: SYM TTLBT 508















