Buletin

TAHUKAH ANDA HONDA BR-V SEBENARNYA LEBIH LARIS DARI PERODUA ALZA?

Ya. benar dan ia mungkin berita yang ramai orang tak sangka. Bukan sahaja di luar industri, malah bagi orang-orang Honda Malaysia sendiri kami percaya mereka pun tak akan terfikir bahawa crossover 7 tempat duduk ini mampu memintas jualan MPV kompak kegemaran Malaysia, Perodua Alza.

Sewaktu meraikan pengeluaran ke 600,000 kenderaan Honda di kilang pengeluaran mereka di Pegoh, Melaka, En. Abe mengucapkan tahniah kepada Honda Malaysia atas kejayaan BR-V Serba Baharu yang mengambil kedudukan No. 1 dalam segmen MPV dan utiliti pada Februari 2017, sekali gus merangkul tempat pertama dalam jualan MPV Nasional.

BR-V telah menerima tempahan 10,000 unit dan 5,200 unit sudah dihantar kepada pelanggan mereka sejak dilancarkan awal tahun lalu. Honda menggunakan data dalaman mereka (yang biasanya dikongsi sesama pengeluar) dan angka menunjukkan mereka sudahpun memintas jualan Perodua Alza pada Februari lepas.

Tidak diketahui berapa unit Alza yang dijual pada Februari kerana MAA (Malaysia Automotive Association) tidak lagi dibenar mendedahkan angka jualan setiap model (hanya dibolehkan mengikut jenama sahaja). Namun kami percaya, jumlahnya mungkin tipis sahaja. Tapi boleh dibanggakan lah kerana harga sebuah Honda BR-V sekurang-kurangnya 40 peratus lebih mahal dari harga jualan Perodua Alza

Walaupun laris, Honda kini berjaya memendekkan waktu menunggu di kalangan pembeli. Sebagai contoh, tempoh menunggu untuk model BR-V kini cuma satu hingga dua bulan sahaja, walaupun ia menerima tempahan hampir 10,000 unit, iaitu 12 kali sasaran jualan bulanannya.

Malah secara purata, tempoh menunggu untuk semua model Honda kini adalah sekitar satu hingga dua bulan sahaja.

Selain mencatatkan prestasi jualan yang bagus bagi BR-V, Honda juga mendapat sambutan menggalakkan dari model City. Secara keseluruhan, Honda Malaysia telah mengungguli senarai negara yang mencatat perkongsian pasaran paling tinggi dalam kalangan operasi automobil Honda di seluruh dunia untuk dua bulan pertama tahun 2017.

BACA: KILANG DI MELAKA CATAT PENGELUARAN HONDA KE 600,000

BACA: PANDU UJI HONDA BR-V, WAJIB TUNGGU!

 

Google ads
"
"
Back to top button