Buletin

TAHUKAH ANDA HONDA KELUARKAN ATV DARI TAHUN 70AN LAGI? INI ATV TERBARU MEREKA

Honda sebenarnya ialah syarikat kejuruteraan. Produknya pelbagai bermula dari produk penjagaan tumbuhan hinggalah kepada pesawat komersil. Jadi tidak hairanlah apabila ia turut mengeluarkan ATV (All Terrain Vehicle) sejak tahun 70an lagi.

Produk ATV Honda mempunyai pelbagai varian termasuk jenis pacuan dua roda atau empat roda. Begitu juga dengan pilihan transmisi dan sesaran enjin dari sekecil 86cc hinggalah 675cc.

Ini pula ATV terbaru Honda iaitu Pioneer 700 Side X Side (dibaca side by side). Memandangkan model ini baru dilancarkan, Honda sedang sibuk mempamerkannya dengan yang terbaru di The Royal Welsh Show dari 24 hingga 27 Julai. Selepas itu Honda menyertai pameran Game Fair dari 28 hingga 30 Julai di Hatfield, Hertfordshire, United Kingdom.

ATV ini bukan setakat dibawa ke pameran bunga dan penjagaan tumbuhan malah turut diangkut sekali ke Goodwood Festival of Speed baru-baru ini.

BACA: MITSUBISHI BAKAL PAMER CROSSOVER KECIL DI INDO – PENCABAR HONDA BR-V?

ATV Pioneer Side x Side dikuasakan oleh enjin 675cc OHV silinder tunggal sejukan cecair. Ia mempunyai dua model iaitu 700-2 yang boleh dinaiki dua orang manakala 700-4 pula boleh dinaiiki sehingga empat orang.

Sistem gantungan depan dan belakang pula dari jenis independent double-wishbone dengan jarak 201mm (depan) dan 231mm (belakang) serta jarak kelegaan bumi 266.7mm. Ia mempunyai kekuatan tunda sehingga 680kg dan kapasiti kargo seberat 386kg.

Honda Pioneer 700 Side X Side adalah tawaran terbaru selain dua lagi model ATV kegemaran petani dan pekebun iaitu TRX420 dan TRX500.

Seronok juga sebenarnya bermain ATV atau mempunyai kenderaan ini untuk kegunaan di kebun, ladang atau rekreasi. Di tempat kita komuniti dan peminat ATV sudah lama wujud dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan seperti merentas desa dan sebagainya.

BACA: HONDA ACCORD GENERASI KESEPULUH KINI SUDAH TIBA – GUNA ENJIN CIVIC TYPE R!

Kredit: Honda UK

Tags
Google ads
Back to top button