Artikel PilihanBuletin

TAHUKAH ANDA? PADA 2018, HONDA KUASAI SEMUA SEGMEN UTAMA DI MALAYSIA

Honda sekali lagi mencatatkan kejayaan untuk empat tahun berturut-turut, menjadi sebagai jenama bukan Nasional No. 1 di Malaysia. Apa yang lebih mengejutkan, Honda menguasai kesemua segmen utama dalam pasaran.

Honda Malaysia berjaya merekodkan perkongsian pasaran sebanyak 17.1% untuk mengekalkan momentum selaku jenama kereta No.1 dalam segmen Bukan-Nasional selama empat tahun berturut-turut.

Ia juga berjaya mengekalkan kedudukan No.2 dalam Jumlah Keseluruhan Industri (Total Industry Volume) untuk tiga tahun berturut-turut.

Bukan itu sahaja, Honda menguasai majoriti pasaran dalam setiap segmen yang mereka ada. Berikut ialah kedudukan Honda nombor 1 dalam pasaran;

  • Jazz – Segmen B hacthback
  • CIty – Segmen B sedan
  • HR-V – Segmen SUV kompak (B)
  • BR-V – Segmen MPV kompak (bukan Nasional)
  • Civic – Segmen C
  • CR-V – Segmen SUC (C)
  • Accord – Segmen D

Menyentuh tentang pasaran keseluruhan, Honda Malaysia menjangkakan Keseluruhan TIV pada tahun 2019 mencecah 580,000 unit. Berdasarkan TIV ini, Honda telah menetapkan sasaran jualan pada tahun ini sebanyak 95,000 unit, yang merangkumi perkongsian pasaran sebanyak 16%.

Google ads
Back to top button