Artikel Pilihan

BOLEH KE PEMANDU BIASA MEMANDU JENTERA F1 TANPA LATIHAN?

Memandu jentera F1 bukanlah tugas mudah bagi pemandu yang amatur. Anda perlu mengambil kira aspek suhu tayar dan juga brek bagi memastikannya berada dalam julat operasi yang sesuai. Jadi anda kena memandu dengan pantas.

Brek yang dihasilkan daripada karbon mesti beroperasi pada suhu 400 darjah celcius. Memandu dengan pantas di selekoh mendedahkan anda pada G-Force. Terlalu banyak G-Force yang dikenakan pada badan anda menyebabkan anda sukar untuk bergerak dengan mengawal jentera F1.

Dalam dunia kita, kita hanya dikenakan 1G sahaja daripada daya graviti. Jika anda sedang memecut kereta, mungkin anda akan terdedah antara 0.2-0.4G sahaja. Sesetengah supercar mampu menghasilkan sehingga 2G dalam pecutan 0-100 dalam masa 2.7 saat

Bagi manusia biasa, kita boleh menahan sehingga 5G dalam tempoh yang singkat. Pemandu F1 professional telah dilatih untuk menahan sehingga 9G dalam tempoh 9 saat. Pecutan yang dihasilkan oleh jentera F1 mencecah sehingga 7G. Jadi anda kena betul-betul fokus pada pemanduan

Suhu dalam kokpit F1 boleh mencecah sehingga 50 darjah Celcius, jadi ia bukanlah tempat yang selesa untuk anda memandu dengan fokus. Tambahan pula anda perlu memakai sut perlumbaan yang panas dan juga topi keledar yang menyebabkan anda rasa lemas.

Selepas selesai isu dengan jentera, anda perlu membiasakan diri dengan alat kawalan jentera F1 yang sungguh asing bagi anda. Anda perlu menggunakan klac kawalan jari, menukar gear di belakang pedal stering, membrek dengan kaki kiri dan mengawal pedal minyak dengan kaki kanan.

Selepas berjaya untuk bergerak, anda perlu memastikan jentera F1 dipandu dengan laju, RPM tidak boleh menjadi terlalu rendah atau enjin akan mati atau anda akan mengalami kesukaran untuk menukar gear kerana RPM yang rendah akan menyukarkan sistem hidraulik untuk berfungsi

Tapi jika RPM menjadi terlalu tinggi dengan kadar bunyi yang tinggi, telinga anda mungkin tidak tahan dengan bunyi yang dihasilkan oleh enjin F1 pada 15,000 RPM. Ketika membrek pula, kepada anda akan dikenakan G-Force sehingga 5G sedangkan ketika memandu di atas jalan raya anda hanya dikenakan 0.5G sahaja

Anda boleh melihat video di bawah cabaran yang perlu dilalui oleh pemandu amatur sewaktu memandu jentera F1 untuk kali pertama. Cabaran ini pernah dilalui oleh Richard Hammond sewaktu mencuba untuk memandu jentera F1 dari kumpulan Renault pada tahun 2008

Google ads
Back to top button