Artikel Pilihan

PERATURAN TRENKUASA BARU F1 BAGI MUSIM 2026. MAKIN MENCABAR

Perlumbaan F1 merupakan perlumbaan yang sangat mementingkan penggunaan teknologi terkini dalam bidang kejuruteraan automotif. Apa yang bagus ialah, semua teknologi terkini dalam automotif akan diuji terlebih dahulu dalam perlumbaan F1. Sekiranya bagus, teknologi tersebut akan digunakan pada kereta penumpang biasa

Tapi dalam usaha menjadikan perlumbaan lebih mesra alam, beberapa peraturan baru akan diperkenalkan selain menjadikan perlumbaan lebih mencabar, menarik dan menguji keupayaan pelumba berentap dengan kemahiran memandu bukannya dengan bantuan teknologi.

Antara peraturan baru tahun 2026 termasuklah:

1. bahan api mestilah menggunakan bahan api yang dihasilkan daripada biofuel, dibuat daripada sisa tanaman bukan untuk makanan, atau diekstrak daripada karbon yang berada di atomsfera (bahan api sintetik). Bahan api yang berasaskan petroleum adalah tidak dibenarkan

2. Setiap pasukan mesti mencari jalan bagaimana untuk memastikan setiap liter bahan api mengandungi kandungan tenaga yang tinggi. Menjelang tahun 2026, setiap pasukan dibenarkan menggunakan 80kg sahaja bahan api berbanding 100kg sekarang bagi setiap perlumbaan.

3. Enjin 1600cc V6 akan dikekalkan tapi kuasa enjin mestilah menjana sehingga 1000 kuasa kuda berbanding dengan 850 kuasa kuda sekarang. Ia dilakukan dengan menukar unit motor elektrik MGUK daripada 160 kuasa kuda kepada 470 kuasa kuda

4. Atas tujuan keselamatan unit motor elektrik MGUK akan disimpan dalam cesi sel keselamatan yang kuat dan berada dekat dengan bateri bagi melindungi motor jika berlaku kemalangan yang mungkin akan membahayakan pelumba

5. Atas sebab kos pembangunan yang dihadkan, unit MGUH yang mengambil kuasa dari tubin turbo tidak lagi digunakan. Semua pasukan mestilah mendapatkan komponen perlumbaan daripada pembekal yang ditetapkan oleh FIA tapi setiap pasukan diberikan kebebasan untuk menala sistem mereka mengikut kreativiti masing-masing terutama pada komponen elektrik

6. Disebabkan ketiadaan unit MGUH, maka masalah turbolag akan berlaku dan menyukarkan pemandu mengawal jentera terutama di selekoh. Ini memerlukan pelumba meningkatkan kemahiran mereka dalam mengawal jentera dan tidak bergantung pada teknologi sepenuhnya.

7. Semua pasukan wajib mengitar semula komponen yang telah lusuh seperti unit bateri dan juga logam kobalt untuk digunakan semula. Ini bagi memastikan kesan pada alam sekitar adalah minima

Perlumbaan F1 adalah kemuncak dalam teknologi kejuruteraan automotif walaupun ada yang mengatakan perlumbaan F1 menjadi semakin bosan. Tapi ia akan tetap menjadi medan bagi pengeluar komponen dan teknologi baru untuk menguji keupayaan mereka sebelum teknologi ini digunakan pada kenderaan penumpang.

Sumber: F1

Google ads
Back to top button