Buletin

TAK MAMPU BELI ROLLS-ROYCE BOAT TAIL. APEDEHAL BIKIN GUNA KADBOD

Rolls-Royce Boat Tail merupakan antara model kereta mewah yang paling mahal di pasaran masa kini.

Bahkan, tidak semua orang yang mampu memiliki jentera bernilai mencecah AS$28 juta (RM 11.58 juta) itu.

Begitupun, ia tidak menghalang YouTuber King of Crafts membikin hasil karya yang mendapat inspirasi daripada Rolls-Royce Boat Tail.

YouTuber berkenaan menghabiskan masa selama 15 hingga 30 hari untuk menghasilkan Boat Tail diperbuat daripada besi dan kadbod tersebut.

King of Crafts memulakan rekaan replika berkenaan dengan chasis besi daripada sebuah kereta dipadankan kuasa enjin motosikal.

Selepas selesai pembikinan chasis, rekaan luaran dan dalaman mula dilakukan dengan menggunakan kadbod.

Bagi memastikan mendapat sentuhan krom pada jentera Boat Tail, YouTuber berkenaan menggunakan pita pelekat reflektif.

Selain itu, replika berkenaan turut dilengkapi lampu hadapan bagi memastikan ia kelihatan seakan-akan jentera asli.

Orang kata kalau dah minat sesuatu, tidak mustahil nak menggapainya kan. – carscoops

Google ads
Back to top button