Buletin

KISAH TUKANG GUNTING RAMBUT MILIKI ROLLS ROYCE GHOST DAN 200 KENDERAAN

Pemilik nama Ramesh Babu yang berasal dari Bengaluru, Kamataka, India, bukanlah tukang gunting rambut biasa-biasa.

Ia berikutan lelaki yang memulakan karier sebagai tukang gunting rambut dengan membuka kedai kecil di bandar kini boleh berbangga dapat mengembangkan perniagaan tersebut dan berkecimpung dalam pelbagai perniagaan lain.

Ramesh Babu merupakan pemilik jentera Rolls Royce Ghost dan lebih 200 kenderaan mewah dan standard hasil usaha berkecimpung dalam bidang perniagaan.

Antara kenderaan-kenderaan dimilikinya termasuk Mercedes-Maybach S500, BMW 7-Series, Mercedes-Benz E-Class, Mercedes-Benz V-Class dan BMW 5-Series, Honda Accord, Honda CR-V danToyota Camry.

Mungkin ramai bertanya mengapa dia memerlukan begitu banyak kenderaan?

Ramesh Babu tidak membataskan perniagaan kepada perkhidmatan gunting rambut sahaja malah meneroka industri pelancongan termasuk menyewa kenderaan.

Para pelanggan setia lelaki berkenaan juga bukan calang-calang termasuk selebriti Salman Khan, Aishwarya Rai dan Aamir Khan yang akan mendapatkan perkhidmatan kereta mewah.

Pada awal pembabitan dalam industri sewa kenderaan, dia hanya memiliki satu kenderaan iaitu Maruti Suzuki Omni.

Bermula tahun 2004, perniagaan tersebut mula berkembang dan berjaya membeli sehingga tujuh kenderaan.

Selepas dua dekad berusaha dalam bidang tersebut, dia kini memiliki lebih 200 kenderaan.

Dia turut menyewa Rolls Royce Ghost miliknya pada harga kira-kira RM 2,850 sehari.

Bagaimanapun, bagi mereka yang ingin mendapatkan khidmat gunting rambut daripada jutawan itu ia masih murah pada harga kurang RM1. – cartoq  

Google ads
Back to top button