Buletin

MAZDA MX-5 MIATA CIPTA REKOD GUINESS PERHIMPUNAN TERBANYAK – ADA NAMPAK ABANG JAPAR TAK?

Ini dia satu-satunya kereta buat masa sekarang mampu membuatkan Abang Japar menjadi angau. Bayangkan sanggup dia heret kami ke hulu ke hilir semata-mata nak tengok Mazda MX-5. Makan nasi kandar sembang MX-5, tengah memandu sembang MX-5 dan kadang-kadang masuk tandas pun bunyi macam ekzos MX-5.

Kali ini masih mengenai MX-5 yang baharu sahaja berjaya mencipta rekod Guiness untuk himpunan terbanyak kereta-kereta MX-5 di dunia. Perhimpunan  ini berlangsung pada 18 September lepas di litar Modena, Itali dan mendapat pengiktirafan Guinesss Book of World Records pada pukul 6.00 petang waktu tempatan. 707 buah kereta memadamkan rekod lama 683 kereta yang dicatat di Belanda pada tahun 2013. Mak aih, 9 tahun berjaya bertahan tu.

Pelbagai model MX-5 dari 4 generasi dikumpulkan dari serata Eropah walapun majoritinya datang dari Itali sendiri. Banyak Miata di Itali eh, tak mampu beli Ferrari ke?

Tetamu istimewa termasuklah Nobuhiro Yamamoto, pengurus program Miata NC dan ND, Elisa Artioli, cucu bekas pemilik Lotus, Roman Artioli, Andrea Levy, presiden Milano Monza Motor Show, Andrea Mancini, pemilik hotel bertemakan Miata di Itali (ada eh? Habis la bila AJ dapat tahu), dan David Giudic, pengarah Ruoteclassiche dan Youngtimer.

Semua tetamu berkongsi minat mereka tentang MX-5 dan falsafah pemanduan Jinba Ittai (kuda dan penunggang bersatu) kereta ini. Ada beberapa kereta yang mampu menyatukan minat global seperti ini dan Miata adalah satu daripadanya.

Rekod best-selling model roadster yang dipegang oleh Miata adalah buktinya. Bukan terlaris di Jepun je beb tapi di seluruh dunia. Korang tengok gambar la dulu, PokYa nak standby ni sebab Abang Japar daj sibuk nak gi beli t-shirt MX-5 ni. Beli t-shirt dulu pun jadi la kan.

Kredit japanesenostalgiccar.com

Google ads
Back to top button