Buletin

TAWARAN DRIVE-ME-ECO MITSUBISHI

Jangan lepaskan peluang mengunjungi mana-mana bilik pameran Mitsubishi hari ini untuk menikmati promosi hebat daripada Mitsubishi Motors Malaysia (MMM).

Mitsubishi-Drive-Me-Eco- Deals!-Mekanika (1)

Tawaran itu merangkumi program penyelenggaraan percuma, bayaran bulanan lebih rendah serta rebat tunai sehingga RM6,000 jika anda membeli model Attrage SE, Attrage GS dan Mirage GS! (**Bayaran bulanan lebih rendah adalah berdasarkan kepada harga di Semenanjung Malaysia dan hanya sah melalui Maybank).

Mulai hari ini hingga 30 Jun 2014, pelanggan yang menempah dan mendaftar Attrage SE layak menerima penyelenggaraan percuma selama setahun, rebat tunai sehingga RM4,000 atau bayaran bulanan serendah RM658**. (**Bayaran bulanan berbeza mengikut pakej pembiayaan dan model yang dipilih).

SONY DSC

Attrage GS CVT ditawarkan pada harga RM67,978 seunit. Sementara Attrage SE berharga RM75,796 (di atas jalan tidak termasuk insurans). Attrage hadir bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

Attrage GS dilengkapi kunci pintar, butang penghidup enjin, pendingin hawa digital dan stereng dibalut kulit.

Manakala varian SE dipasang dengan lampu DRL LED, bodykit sporty,filem keselamatan, tempat duduk kulit dan sistem audio Double DIN bersama ketersambungan Bluetooth dan kamera undur.

Mitsubishi-Drive-Me-Eco- Deals!-Mekanika (8)

Mirage GS berharga RM64,090 (di atas jalan tidak termasuk insurans). Ia juga dilengkapi pelbagai ciri yang menjadikan ia berbaloi untuk dimiliki.

SONY DSC

Selaku kenderaan Eco, Attrage dan Mirage menawarkan penggunaan bahan api yang mengagumkan. Kedua-dua model itu dikuasakan oleh unit enjin bersesaran 1.2 liter dengan teknologi MIVEC yang dipadankan bersama kotak gear CVT INVECS-III.

Jika anda berminat untuk memiliki sebuah Attrage atau Mirage, tawaran ini tidak wajar dilepaskan!

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button