
MITSUBISHI TAMATKAN HAYAT MIRAGE DI JEPUN. MASIH DIJUAL DI AS
Jangka hayat Mitsubishi Mirage di Jepun dan Australia telah pun berakhir sejak kali pertama diperkenalkan pada 2011. Tetapi, di Amerika Syarikat, ia masih tersedia di pasaran.
Walaupun jualan Mirage tidak begitu gah, namun angka jualan 12,763 hingga suku ketiga sudah memadai untuk menewaskan jualan Outlander Sport dan Eclipse Cross. Angka itu juga membolehkan Mirage mengekori rapat Chevrolet Spark yang digugurkan pada musim panas ini.
“Mirage kekal sebagai sebahagian daripada pasaran A.S pada masa ini. Namun berkemungkinan tidak akan memberi banyak jaminan kepada pelanggan,” kata jurucakap Mitsubishi.

Meskipun Mirage kurang popular, tetapi ia adalah salah satu kereta paling mesra poket di AS dengan padanan enjin 1.2 liter yang menghasilkan output 76hp dan tork 100Nm.
Ia dilengkapi beberapa ciri termasuk sistem kawalan suhu automatik, kawalan jelajah dan sistem infotainmen 7 inci dengan Android Auto serta Apple CarPlay.
Harganya bermula AS$16,245 (RM71,535) untuk hatchback dan pelanggan boleh mendapatkan sedan Mirage G4 dengan tambahan kos sebanyak AS$1,000 (RM4,403). Tanda harga yang rendah menjadikan model itu menarik minat pembeli.
April tahun lalu, Mitsubishi ada menyiarkan Mirage generasi baharu di Eropah dikenali sebagai Colt yang merupakan model rebadge Renault Clio.
Mirage juga pernah mewarnai jalan raya di Malaysia. Mirage di pasaran tempatan dikuasakan oleh enjin 3A92 berkapasiti 1.2 liter MIVEC tiga silinder DOHC. Enjin itu mampu menjana 76hp pada 6,000rpm dan tork 100Nm pada 4,000rpm.
Varian teratas Mirage ketika itu dilengkapi penghawa dingin automatik digital, stereng dan tombol gear dibalut kulit, sistem Smart Key serta beberapa ciri lain. Ia ditawarkan pada harga bermula RM55,000.
- BACA: MITSUBISHI MIRAGE G4 BLACK SERIES DILANCARKAN DI FILIPINA, DARI RM71K
- BACA: MITSUBISHI MIRAGE & ATTRAGE 2021 DILANCARKAN DI AS. DYNAMIC SHIELD, 2 WARNA BAHARU, BERMULA RM58K
- BACA: MITSUBISHI MIRAGE KERETA PALING JIMAT DI AMERIKA SYARIKAT (DIJUAL SAMPAI SEKARANG)
- BACA: MITSUBISHI MIRAGE R5: SI COMEL JELMAAN LAGENDA EVO