Artikel Pilihan

TEKNIK BUKA PINTU “THE DUTCH REACH”, LEBIH SELAMAT UNTUK SEMUA PENGGUNA JALANRAYA

Pernahkah anda membuka pintu kereta di tempat letak kereta, tanpa menyedari sebuah lagi kereta datang dari sisi sehingga menyebabkan pintu kereta anda dilanggar? Keadaan ini akan menyebabkan kereta pintu kereta anda rosak terutamanya pada bahagian engsel.

Sesetengah kereta moden seperti Hyundai Elantra dilengkapi dengan alat pengesan di bahagian belakang yang akan memberi amaran sekiranya terdapat kereta lain yang menghampiri sewaktu anda membuka pintu. Bagi kereta lain yang tiada alat pengesan, anda boleh amalkan teknik di bawah.

Teknik ini dikongsikan oleh Tuan Azad Azmi di laman Facebook beliau.

Teknik Membuka Pintu “Dutch Reach.”
Azad Jasmi l 14 Okt 2021
—————————————-


Saya lampirkan gambar-gambar bagi memudahkan pemahaman teknik “Dutch Reach” ini.

1. Teknik Dutch Reach ini menggunakan teknik tangan berlawanan untuk menbuka pintu pemandu akan gunakan tangan kiri untuk pegang pembuka pintu dan penumpamg sebelah kiri akan membuka pintu dengan tangan kanan.

2. Dutch Reach telah dijadikan undang-undang untuk pemandu.

3. Oleh itu, dengan itu kita secara tidak langsung akan memusingkan badan kita ke sebelah kanan atau kiri (bergantung samada kita duduk di kanan atau kiti dalam kereta) yang akan memudahkan kita melihat ke arah blind spot kanan belakang.

4. Nama teknik ini berasal dari Dutch (Belanda) di mana negara ini adalah pengguna basikal terbesar dunia dengan pemandu akan membuka pintu dengan menggunakan tangan yang paling jauh

5. Amalan The Dutch Reach ini akan dibuat oleh pemandu dan juga penumpang kenderaan

6. Kaedah ini merangkumi 5 langkah utama iaitu capai, pusingkan badan, tengok ke arah belakang, buka pintu dengan perlahan dan keluar dengan mata menghadap ke arah luar.

Selamat mencuba.

Bagi yang pernah mengalami kemalangan di tempat parkir, kami rasa sudah tiba masanya anda mengamalkan kaedah The Dutch Reach ini. Ia bukan sahaja lebih selamat, mencegah kemalangan dan juga mengelakkan berlakunya kecederaan pada pengguna jalan raya lain.

Google ads
Back to top button