Artikel Pilihan

CONTINENTAL RAI ULANG TAHUN KE-150. CIPTA BANYAK INOVASI HEBAT

Continental, salah satu pembekal tayar dan teknologi automotif terbesar di dunia menyambut ulang tahun perniagaannya yang ke-150 hari ini. Syarikat itu ditubuhkan di Hanover, Jerman, pada tahun 1871. 

Selepas 15 dekad berikutnya, Continental telah berubah daripada pengeluar tayar dan produk getah lembut tempatan untuk menjadi syarikat teknologi antarabangsa.

Di serata dunia, tiga dari setiap empat kenderaan di jalan raya menggunakan tayar Continental atau teknologi automotifnya. Dianggarkan seramai satu bilion orang mempercayai Continental setiap hari. Continental akan meraikan sejarah syarikatnya dengan kisah bagaimana ia menjadi pendorong kemajuan teknologi.

Sebelum kereta dicipta, syarikat bermula dengan membuat penggilap kuku kuda serta tayar padat untuk pedati dan basikal. Pada tahun 1904, Continental menjadi syarikat pertama di dunia yang memajukan tayar kereta dengan tapak bercorak. Empat tahun kemudian, ia mencipta rim yang boleh dipasang tanggal.

Pada tahun 1921 yang juga ulang tahun yang ke-50, Continental menghasilkan tayar trak komersial pertamanya. Selain menjadi syarikat Jerman pertama menghasilkan tayar yang diperkuatkan dengan tali lentur, bukan dengan kain linen. 

Enam tahun kemudian, ia melancarkan tayar traktor pneumatik pertama di Eropah. Beberapa dekad berikutnya, inovasi yang berterusan dapat disaksikan. Pada tahun 1955, Continental telah menjadi syarikat pertama yang mencipta air spring untuk trak dan bas, serta menjadi syarikat Jerman pertama yang memulakan pembuatan tayar kereta tanpa tiub yang dipatenkannya selepas Perang Dunia II.

Menjelang tahun 1960-an, pengeluaran tayar jejari yang meluas telah bermula dan Continental menggaji 26,800 orang pekerja. Ini merevolusikan segmen tayar padat yang digunakan trak forklift, kenderaan di lapangan terbang dan lain-lain aplikasi industri tugas berat dengan tayar ContiSuperElastic. Ia kemudian menjadi penggunaan singkatan standard industri sekarang untuk kategori ini: CSE.

Pada tahun 1967, Continental telah membuka trek ujian Contidrom yang masih digunakan sebagai standard global hari ini seiring dengan Uvalde Proving Grounds di Texas, di mana tayar diuji sejak tahun 1959. Menjelang tahun 1988, saiz Continental meningkat hampir satu kali ganda dengan jumlah kakitangan seramai 45,900 orang di seluruh dunia.

Ia telah memperolehi Uniroyal dan Semperit di Eropah, serta General Tire di Amerika Syarikat. Dalam 10 tahun berikutnya, Continental mengukuhkan kedudukannya sebagai pengeluar tayar global dengan menambah tapak di Amerika Tengah dan Selatan, Afrika, Eropah Timur serta Asia.

Kemasukan Continental Tyre di rantau Asia Pasifik bermula di Taiwan pada tahun 2001, ketika Continental menubuhkan entiti penjualan pertamanya di sana. Pengembangan itu diteruskan ke Malaysia pada tahun 2003 di mana Continental AG menubuhkan syarikat usaha sama dengan Sime Darby Berhad sebagai Continental Sime Tyre Sdn. Bhd. 

Perniagaan tersebut berkembang pesat dan dalam tempoh 3 tahun sejak ia ditubuhkan di Malaysia apabila Continental AG Jerman meningkatkan ekuitinya di Continental Sime Tyre Sdn. Bhd. sehingga 70%. Menjelang tahun 2012, ia berjaya membeli baki 30 peratus ekuiti dari Sime Darby Berhad dan Continental Sime Tyre Sdn. Bhd. kini 100 peratus dimiliki oleh Continental AG Jerman. Ia kemudian dinamakan semula menjadi Continental Tyre Malaysia Sdn. Bhd.

Sehingga kini, Continental Tyre Malaysia mempunyai lebih dari 2,500 pekerja dengan dua kilang membuat tayar besar. Kilang-kilang tersebut membekalkan tayar ke beberapa negara di Asia Pasifik termasuk Jepun, Hong Kong, Taiwan, Brunei, Indonesia, Thailand, Australia, Korea dan banyak lagi.

Walaupun sejarahnya lebih pendek di Asia Pasifik, Continental Tyres telah mencapai kemajuan besar dalam dua puluh tahun terdekat di rantau ini. Rantau APAC merupakan salah satu pasaran yang terus menjadi fokus utama Continental untuk pertumbuhan segmen penggantian dan tayar trak.

Continental diiktiraf sebagai pengeluar tayar premium sepanjang sejarahnya dan tradisi ini berterusan hingga kini, dan diperkembangkan dengan penambahan teknologi.

Ketahui lebih lanjut mengenai sejarah Continental dalam aspek berikut:

  • Membentuk Mobiliti
  • Logo Continental
  • Bola Sepak
  • Berbasikal
  • Kasut Atletik Adidas
  • Tayar Perlumbaan
  • Kemampanan

GALERI

Google ads
Back to top button