Buletin

TEMPAH BMW 2 SERIES LIMITED EDITION DENGAN M PERFORMANCE PARTS. BERMULA RM227,800 SEUNIT

Model Limited Edition BMW 2 Series dengan M Performance Parts kini sudah boleh didapati di pengedar Auto Bavaria di seluruh negara.

Hanya 50 unit ditawarkan, Limited Edition BMW 2 Series sememangnya M Performance Parts sememangnya memberikan anda eksklusiviti.

Jentera berkenaan hadir dalam tiga pakej menarik iaitu Aesthetics, Signature Sound dan Best of Both Worlds. Pakej Aesthetics direka untuk memberikan gayaan sporty dan hadir bersama baucar petrol bernilai RM3,000.

Pakej Signature Sound pula menampilkan sistem audio binaan dalam berkualiti tinggi Harman Kardon dan Harmon Kardon Bluetooth Speaker diberikan secara percuma.

Pelanggan yang memilih pakej Best of Both Worlds akan mendapat pakej Aesthetics dan Signature Sound. Semua pakej tersebut didatangkan dengan tinted dan Sttoke Reusable Ceramic Cup percuma.

“Populariti BMW 2 Series Limited Edition turut disumbang oleh M Performance Parts yang diinspirasikan oleh sukan pemotoran. Selain menyerlahkan gaya, M Performance Parts juga meningkatkan aerodinamik,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto Bavaria, Vi Thim Juan.

Pek M Performance Parts terdiri daripada:

  • Gril hadapan MPA Shadowline  
  • Perumah cermin sisi gentian karbon
  • Spoiler Primed M di belakang
  • Lampu projektor LED BMW dan M Performance Slides

Limited Edition BMW 2 Series dengan M Performance Parts ditawarkan pada harga bermula RM227,800 hingga RM233,800 di Semenanjung Malaysia.

GALERI

Google ads
Back to top button