Buletin

TEMPAH SUBARU XV ATAU FORESTER SECARA DALAM TALIAN DENGAN RM188 SAHAJA

TC Subaru hari ini mengumumkan kempen tempahan secara dalam talian. Pengenalan inisiatif ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac hingga 14 April 2020. 

Dengan kempen ini, pelanggan Subaru dan pembeli kereta baharu di Malaysia boleh membeli Subaru XV atau Forester dari rumah pada bila-bila masa. 

Apa yang mereka perlu lakukan cuma isi borang dalam talian di https://onlinebooking.subaru.asia/xv atau https://onlinebooking.subaru.asia/forester to secure dengan yuran tempahan cuma RM188. 

Sebaik sahaja permohonan berjaya, pelanggan akan menerima satu kod tempahan melalui e-mel. Perunding jualan Subaru kemudian akan menghubungi anda dalam tempoh lima hari bekerja untuk memuktamadkan.tempahan.

Selain menguruskan tindakan seterusnya seperti pandu uji, melihat kereta dan pembiayaan bank sebaik sahaja PKP ditamatkan. 

Subaru XV didatangkan dalam tiga varian iaitu XV 2.0i, XV 2.0i-P dan XV GT Edition 2.0i-P pada harga bermula  RM117,788 seunit. Forester pula berharga RM149,788 serta hadir dalam tiga varian iaitu Forester 2.0i-L, Forester 2.0i-S dan Forester 2.0i-S Eyesight.

Kempen tempahan dalam talian ini bermula sekarang sehingga PKP tamat. Maklumat lanjut, sila layari laman web: https://www.subaru.asia/my/.

Tags
Google ads
Back to top button