Buletin

TOYOTA ALPHARD DAN VELLFIRE BAHARU BAKAL BERADA DI PASARAN!

UMW Toyota Motor mengesahkan bahawa ia akan membawa masuk dua model baharu daripada Toyota Motor Corporation (TMC) Jepun.

Toyota-Alphard-Vellfire-2016-mekanika (3)

Model tersebut ialah dua varian MPV Alphard (Alphard 3.5 Executive Lounge dan Alphard 3.5) serta satu varian Vellfire.

Jadi, pelanggan kini sudah boleh menempah kenderaan tersebut di semua cawangan UMW Toyota dan pengedar sah Toyota di seluruh negara.

Toyota-Alphard-Vellfire-2016-mekanika (9)

MPV tersebut akan didatangkan dengan jaminan kilang selama lima tahun dan perbatuan tanpa had. Pemilik juga akan menikmati sokongan selepas jualan yang lengkap, merangkumi alat ganti daripada semua pusat servis Toyota.

Alphard dikuasakan oleh enjin V6 3.5 liter, manakala Vellfire dijana oleh enjin empat silinder 2.5 liter. Kedua-dua enjin tersebut dilengkapi sistem Dual VVT-i untuk prestasi optimum dan penjimatan bahan api.

Toyota-Alphard-Vellfire-2016-mekanika (7)

Antara ciri keselamatan aktif dan pasif yang disediakan ialah tujuh beg udara SRS, sistem brek ABS dengan Electronic Brakeforce Distribution (EBD), Brake Assist (BA),  Vehicle Stability Control (VSC) serta Traction Control.

MPV ini hadir bersama pelbagai ciri mewah. Alphard 3.5 Executive Lounge misalnya dilengkapi VIP Power Seats bersama ciri penyejukan dalaman untuk keselesaan penumpang. Varian ini juga hadir dengan sistem bunyi premium JBL bersama 17 unit pembesar suara.

Toyota-Alphard-Vellfire-2016-mekanika (4)

Apa bezanya dengan model yang diimport oleh pihak lain? Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor Akio Takeyama memberitahu, terdapat beberapa perbezaan teknikal di antara kedua-duanya.

“ECU kenderaan ini telah diprogramkan semula untuk disesuaikan dengan cuaca yang panas di Malaysia,” kata Takeyama.

006 Fortuner OT Leaflet R4

Selain itu ada juga kes di mana pembeli tidak dapat menggunakan sistem navigasi kerana semuanya dalam bahasa Jepun. Malah, frekuensi radio juga begitu.

Setakat ini, harga untuk kedua-dua model tersebut masih belum diumumkan. Maklumat lanjut, sila layari lamn web: Toyota.com.my atau hubungi talian  1-800-8-TOYOTA (869682).

Google ads
Back to top button