Buletin

TOYOTA VELOZ X-URBAN DIPERKENALKAN DI THAILAND – 104HP, HARGA BERMULA RM118K

Toyota Veloz X-Urban baru-baru ini diperkenalkan secara rasmi di Thailand dan ditawarkan pada harga bermula RM118,000.

Dari segi penggayaan, Toyota Veloz X-Urban tampil ringkas, elegan dan premium termasuk mengekalkan bentuk jeriji heksagon yang menjadi ciri-ciri utama Veloz.

Selain itu, pada bahagian atas, Toyota Veloz X-Urban mempunyai kemasan krom yang menjadikannya kelihatan berkilat pada beberapa bahagian.

Tambahan, reka bentuk pada bampar bawah mempunyai banyak lengkung dan berwarna perak, memberikan imej lebih gagah.

Ia diserlahkan lagi melalui rim 17-inci berwarna hitam dan fender hitam selaras dengan acuan badan yang menekankan rekaan Toyota Veloz X-Urban.

Bagi bahagian dalaman pula, Toyota Veloz X-Urban masih mempunyai rekaan dominan sama seperti pendahulunya cuma dibezakan dengan penambahan komponen kecil seperti material tempat duduk iaitu menggunakan gabungan kulit dan kain sintetik.

Bukan itu sahaja, Toyota Veloz X-Urban turut didatangkan dengan skrin infotainment bersaiz 9-inci, ketersambungan ciri Android Auto/Apple Car Play dan skrin TFT 7-inci.

Sistem keselamatan Toyota Veloz X-Urban dilengkapi dengan sistem brek anti kunci (ABS) yang disokong agihan kuasa brek elektronik selain, dimuatkan bersama Toyota Safety Sense, terdiri dari Precollision System, Automatic High Beams, Predal Misoperation Control, Front Departure Alert serta Lane Departure Alert.

Secara mekanikal, model ini dikuasakan oleh enjin 1.5 liter dengan Dual VVT-i tech, berupaya menghasilkan 105hp pada 6,000rpm dan mempunyai tork maksimum sehingga 137Nm pada 4,200rpm. – Automachi

Google ads
Back to top button