
TERKINI: RAIKAN GAYA HIDUP ‘OUTDOOR’ DENGAN OFF THE GRID 2024 DI MAEPS FEBRUARI INI
Art of Speed (AOS) Malaysia mempersembahkan Off The Grid (OTG) buat julung kalinya yang akan berjalan secara sendiri selepas mendapat sambutan meriah ketika dipersembahkan di AOS 2023 sebelum ini.

OTG 2024 akan berlangsung pada 23, 24 dan 25 Februari ini bertempat di Malaysia Agro Exposition Park (MAEPS) di Hall A yang menawarkan ruang seluars 150,000 kaki persegi termasuk kawasan luar seluas empat ekar.
Untuk rekod, OTG diinspirasikan dari ‘Fieldstyle’ yang merupakan acara ‘outdoor’ tahunan yang sering diadakan di Jepun. Menyedari komuniti gaya hidup ‘outdoor’ semakin berkembang di Malaysia maka AOS melihat OTG merupakan acara terbaik untuk terus mendukung gaya hidup tersebut.

Menurut pihak penganjur, terdapat lima (5) tarikan utama di OTG 2024:
- Barangan dan aksesori perkhemahan
- Brew Festa
- BBQ Showdown
- Makers Jamboree dan Pasor Dinda Ladies Market
- Pelbagai aktiviti menarik


Sementara itu, OTG juga mengadakan pertandingan ‘booth’ terbarik bagi kategori Best Vendor dan Best Brand. Pemenang bagi setiap kategori akan memenangi satu tiket ke FIELDSTYLE Jamboree 2024 di Nagoya, Jepun pada 18 dan 19 Mei ini.

Bagi yang berminat untuk hadir ke OTG 2024, penjualan tiket secara atas talian sudah pun dibuka dan dijual pada harga RM35. Pembelian satu tiket adalah sah untuk ketiga-tiga hari acara berlangsung sementara pass sehari boleh dibeli dengan harga RM15 sahaja. Dalam pada itu, kemasukan adalah percuma bagi kanak-kanak 12 tahun ke bawah dan pemegang pas OKU.
Bagaimanapun perlu diingatkan setiap pembelian tiket atas talian akan dikenakan cas pemprosesan RM3.
Sementara itu, pembelian tiket secara ‘walk-in’ adalah berharga RM50 (pas 3 hari) dan RM20 (pas 1 hari).