
TESLA AKUI SISTEM FULL SELF DRIVING BOLEH SEBABKAN KEMALANGAN, PANGGIL SEMULA 360,000 UNIT
Pada 15 February 2023, National Highway Transportation Safety Administration (NHTSA) telah meletakkan satu notis panggilan balik membabtkan sehingga 362,758 unit Tesla Model S, Model X, Model 3 dan Model Y yang dihasilkan antara tahun 2016 sehingga 2023.
Model yang terlibat dengan panggilan balik ialah model yang dipasang dengan pakej Full Self Driving versi Beta. Sistem FSD ini yang secara teknikalny masih di peringkat percubaan telah disiasat oleh NHTSA selama beberapa tahun
NHTSA dan Tesla telah menentukan bahawa sistem ini “membenarkan kenderaan dipandu melebihi halaju yang ditetapkan oleh pihak berkuasa atau melalui persimpangan jalan tanpa mengikut peraturan jalan raya dan sukar diramal sehingga boleh menyebabkan berlakunya risiko kemalangan”.
” Sistem FSD versi percubaan membenarkan kenderaan bertindak dengan tidak selamat di persimpangan jalan seperti meluru terus ke depan dimana sepatutnya kenderaan wajib membelok ke kanan, memasuki persimpangan tanpa berhenti sedangkan ia sepatutnya berhenti atau meluru terus melepasi persimpangan walaupun lampu isyarat bertukar kepada kuning”
“Sebagai tambahan, sistem ini gagal memberikan respon secukupnya dengan perubahan halaju yang digazetkan di jalan raya atau memenuhi permintaan pemandu agar halaju dikurangkan dengan cepat sehingga ia melepasi halaju yang dibenarkan di jalan” ujar kenyataan rasmi NHTSA
Tesla akan menyelesaikan masalah ini melalui kemaskini perisian dengan ciri “over the air” dan memberitahu pemilik secara rasmi selewat-lewatnya 15 April 2023. Kemaskini ini akan diberikan pada semua model yang terlibat secara percuma
Unit komunikasi NHTSA dan Tesla menjelaskan bahawa FSD Beta atau FSD percubaan adalah sistem yang lebih ringkas ” ia adalah sistem pemanduan sendiri SAE Level 2 yang disokong dengan beberapa ciri tambahan yang membenarkan sokongan input stering, brek dan pecutan dibuat secara automatik kepada pemandu dibawah beberapa limitasi operasi”
Untuk video di bawah, anda boleh lihat Tesla gagal mengelakkan halangan pada minit 4:02