Buletin

TESLA CHINA TAWAR DISKAUN – PELANGGAN BARU BELI PADA HARGA TINGGI, TUNJUK PERASAAN, CURI MAKANAN RINGAN

Tesla China menawarkan diskaun kepada pembeli pada 6 Januari lalu tetapi tawaran tersebut nyata menimbulkan kemarahan kepada pelanggan yang baru saja membeli kenderaan Tesla pada harga lebih tinggi.

Model 3 menerima diskaun sebanyak AS$3,000 – AS$5,300 (RM13,113 – RM23,166) atau harga untuk sebuah Model 3 adalah AS$33,000 – AS$48,200 (RM144,243 – RM210,682). Harga Model Y diturunkan sebanyak AS$4,200 – AS$7,000 (RM18,358 – RM30,597), membawa kepada harga akhir AS$38,000 –  AS$56,600 (RM166,098 – RM247,398).

Sebagai perbandingan, harga Tesla Model 3 adalah 30 peratus lebih mahal berbanding BYD Seal (Atto 4), tetapi kini harganya hampir sama dengan BYD Seal yang bermula pada harga AS$30,000 (RM131,130) di China.

Di pusat beli-belah di Chengdu, menurut seorang penulis blog, situasti di sana tidak dapat dikawal berbanding beberapa di lokasi lain di China, kerana terdapat pelanggan merosakkan ATV Cyberguard elektrik serta mencuri pelbagai barangan dan makanan ringan.

Dilaporkan bahawa pelanggan yang marah dengan strategi pemasaran Tesla di China telah memfailkan tuntutan. Antaranya 100,000 km pengecasan super percuma, 10 juta mata Tesla, akses FSD seumur hidup dan jaminan lanjutan 2 hingga 4 tahun.

Walau bagaimanapun, kakitangan Taikoo Li Tesla Store di Chengdu memaklumkan tiada pelan pampasan untuk pelanggan yang telah membeli kereta pada harga lebih tinggi. Seperti di negara lain, Tesla China menggunakan model jualan langsung, jadi semua perubahan harga adalah telus.

Naib Presiden Global Tesla, Grace Tao mengeluarkan kenyataan mengenai protes tersebut, “Pemotongan harga di China mencerminkan inovasi kejuruteraan dan tindak balas daripada seruan Beijing untuk menggalakkan pembangunan serta penjanaan ekonomi.”

Namun bagi Grace Tao, perkara paling penting adalah cara menangani tanggapan daripada media China. Ini kerana sejak awal lagi media China mempunyai sentimen untuk menghentam jenama Tesla, misalnya kemalangan melibatkan kereta Tesla di China.

Media sering berlebihan dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan hingga menyebabkan Tesla terpalit dengan imej negatif. Hal tersebut cuba dikawal oleh Grace Tao dalam menangani isu protes ini meskipun pada tahun lepas media China seakan-akan lebih berlembut terhadap Tesla. Nampak gayanya, Grace Tao dan Tesla China akan mengharungi hari yang panjang.

Google ads
Back to top button