Buletin

TESLA LANCAR VERSI MURAH MODEL Y DI PASARAN CHINA

Tesla melancarkan versi murah crossover elektrik Model Y di pasaran China baru-baru ini dengan pengurangan jarak pada sekali cas berbanding model terdahulu.

Varian standard Model Y itu ditawarkan pada harga AS$42,523 (RM178,192), 20 peratus lebih murah termasuk subsidi.

Model terbaharu itu menawarkan bateri baharu yang menggunakan bahan kimia phosphate lithium iron dibekalkan CATL.

Rekaan bateri berkenaan mengurangkan jarak pergerakan tetapi lebih murah untuk dihasilkan berbanding bateri tradisional lithium nickel cobalt aluminium Tesla.

Ia bermakna varian standard Model Y terbaharu itu berupaya bergerak pada jarak 525 km sekali cas berbanding model terdahulu yang mampu mencecah 594 km.

Pada Mei lalu, jualan Tesla di China berdepan masalah apabila pengeluar itu dikritik berhubung masalah brek dan beberapa isu lain.

Begitupun, jualan kemungkinan akan beransur pulih dengan 28,138 unit kenderaan mula mendarat di negara berkenaan pada bulan Jun berbanding 21,936 unit ketika Mei. –carscoops

Google ads
Back to top button