Buletin

TESLA MODEL 3 MENDARAT ATAS AMBULANS, 3 CEDERA

Dalam kejadian yang berlaku semalam (30 Mac), seorang pemandu Tesla Model 3 secara tidak sengaja terpijak pendikit dan menyebabkan EV tersebut hilang kawalan dan mendarat di atas sebuah ambulans di San Diego.

Menurut pihak berkuasa San Diego Fire Department (SDFD), kereta tersebut berada di tempat parkir berdekatan dengan hospital, sebelum ia hilang kawalan.

Insiden yang berlaku jam 9.40 pagi itu menyebabkan tiga orang penumpang Model 3 mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke hospital berdekatan.

Tesla Model 3 tersebut tidak mengalami sebarang kerosakan, namun pihak bomba perlu mengenal pasti cara yang bersesuaian untuk mengeluarkan kereta tersebut dari tempat kejadian bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang akan mengakibatkan kebakaran.

Google ads
Back to top button