Buletin

JENTERA NISSAN Z GT500 CAPAI 300 KM/J, LEBIH PANTAS BERBANDING GT-R GT500

Jentera lumba Nissan GT-R telah digunakan sejak tahun 2008 dan peranan GT-R kini telah digantikan oleh jentera baharu menggunakan asas daripada Nissan Z.

Menurut laporan daripada Motorsports.com, jentera Nissan Z GT500 bernombor #23 pasukan NISMO telah berjaya mencatatkan kelajuan tertinggi 300 km/j ketika sesi ujian di Fuji Speedway sebagai persediaan menghadapi perlumbaan Super GT Japan.

Kelajuan tertinggi itu merupakan pencapaian baharu dan sekaligus mengalahkan prestasi yang ditunjukkan oleh GT-R R35 yang sebelum ini menghadapi masalah untu mencapai kelajuan tersebut atas faktor daya turun serta daya seretan yang agak tinggi.

Pelumba Ronnie Quintarelli menjelaskan, “Dengan GT-R, kami biasa boleh mencapai kelajuan 291, 292 atau dalam kondisi tertentu 293 km/j.

“Kami berdepan dengan situasi angin ekor, namun kami berjaya mencapai 300 km/j. Saya sedang melihat meter kelajuan sebelum brek, namun angin ekor menyebabkan jentera lumba sukar untuk dihentikan, jadi saya terpaksa brek terlebih awal.

Dalam percubaan tersebut, beliau berjaya mencatatkan masa pusingan 1 minit 28.139 saat di Fuji Speedway di belakang Toyota Supra yang dipandu oleh pelumba TOM’S, Sho Tsuboi – Motorsports.com

Google ads
Back to top button