Artikel Pilihan

TESLA PAMER SISTEM PENGECASAN SOLAR YANG BOLEH DIBAWA KE MANA-MANA

Sempena dengan Pameran Teknologi di IdeenExpo di Hannover Jerman, Tesla telah mendedahkan satu sistem pengecasan yang berasaskan solar dan boleh ditarik ke mana-mana bagi mengecas kenderaan berkuasa elektrik

Walaupun kenderaan berkuasa elektrik menjadi semakin popular, 2 masalah utama berkaitan dengan pengevasan awam iaitu jaringan pengecasan yang terhad di negara kurang membangun dan kerosakan pada pusat mengecaj menjadikan pengguna terdedah kepada kerisauan jarak pemanduan

Pada masa yang sama, teknologi konvensional yang ada pada sistem solar masih lagi kurang efisyen menjadikan berat sistem solar kurang sesuai untuk dipasang pada kereta elektrik. Ini mendorong Tesla menghasilkan sistem solar yang boleh dibawa ke mana-mana dengan menggunakan trelar dan boleh ditarik ke destinasi terpencil

Sistem pengecasan solar mudah alih yang diperkenalkan oleh Tesla ini juga turut dilengkapi dengan penerima data internet SpaceX Starlink yang membenarkan pengguna mengakses internet dengan data daripada satelit di kawasan yang tiada liputan internet

Dengan menggunakan panel solar 300Watt, output maksima yang boleh dijana daripada sistem solar mudah alih ini mencecah 2.7kW. Ia membenarkan kereta elektrik dicaj sehingga mencapai jarak 80km. Sistem ini dipasang dengan 9 panel solar yang menyediakan ruang sebesar 12 meter persegi bagi mengecaj bateri 24 Volt serta dilengkapi dengan sistem kawalan suhu terbina dalam

Walaubagaimanapun sistem pengecasan solar mudah alih ini masih lagi dalam peringkat pembangunan dan tidak akan dijual kepada pembeli dalam masa terdekat. Namun sebuah lagi syarikat teknologi yang baru ditubuhkan seperti Indiegogo turut menawarkan teknologi yang hampir sama dengan panel solar mudah alih

Ia boleh dipasang terus pada bumbung kereta elektrik atau disimpan dalam bentuk lipatan bagi menjimatkan ruang ketika dibawa ke lokasi terpencil. Ia boleh digunakan untuk mengecaj kereta elektrik sehingga 120 kilometer jika dicaj sehari dengan menggunakan cahaya matahari.

Inovasi seperti ini membolehkan kereta elektrik dipandu dan dibawa ke bercuti ke lokasi terpencil dimana infrastruktur pengecasan adalah terhad. Bayangkan jika anda bercuti dan berkhemah di kawasan seperti ini dan bila anda bersedia untuk pulang sistem ini membenarkan anda bergerak beberapa ratus km untuk sampai ke pusat pengecasan pantas DC bagi meneruskan perjalanan.

Google ads
Back to top button