
CITROEN C4 X – HASIL GABUNGAN IDEA SEDAN + CROSSOVER
Pelik. Memang nampak pelik. Ingatkan Crossover tapi nampak macam sedan. Tapi inilah dia, Citroen C4 X. Jika ada yang bertanya, benar Citroen C4 X ini sebenarnya merupakan diantara model yang dihasilkan berasaskan daripada generasi ketiga Citroen C4 yang telah pun dilancarkan ke pasaran terlebih dahulu sebelum ini.
Cumanya Kalau diperhatian dengan secara terperinci, rekaan belakang terutamanya pada pilar D telah ditarik agar lebih panjang, menyerupai sebuah model kereta sedan, sedikit berbeza daripada Citroen C4 biasa yang lebih menyerupai sebuah model hatchback. Mudah kata model ini adalah ibarat gabungan diantara model fastback, sedan juga SUV. Mungkin nampak sedikit pelik dipandangan mata kita, tapi sebenarnya orait juga rekaan unik sebegini kan?

Rekaan luaran Citroen C4 X agak menonjol juga terutamanya pada bahagian hadapan dengan lampu DRL nipis diposisikan di atas manakala lampu LED dipisahkan di bahagian bawah. Kelihatan cukup menyerlah untuk menarik perhatian sesiapa yang melintasinya.
Bagi memberitahu bahawa ianya adalah sebuah Crossover / SUV, maka body cladding yang nipis telah dipasang di sisi badan dari hadapan hingga ke belakang. Tidaklah keterlaluan seperti mana model kebangsaan kita yang ingin diubah menjadi Crossover. Bapak besar dia punya body cladding.

Walaupun nampak macam panjang, sebenarnya memang ianya telah dipanjangkan sehingga ke 4600 mm berbanding hanya 4360 mm untuk model hatchback C4. Cuma jarak titik roda masih lagi sama 2670 mm, sama seperti pelantar CMP yang digunakan. Bila dah panjang sebegini, sudah tentu kelebihannya adalah ruang dalaman yang lebih selesa untuk penumpang belakang serta ruang bagasi yang lebih luas. Mudah untuk membawa keperluan yang besar apatah lagi kapasiti kargonya kini meningkat sehingga ke 510 liter.
Seperti yang telah diterangkan di awal artikel mengenai rekaan garisan bumbung belakang yang memotong terus ke bawah, sudah tentu ianya akan membantu dari segi sudut aerodinamik Citroen C4 X ini. Kadar seretan hanyalah Cd. 0.29 sahaja.

Ciri menarik yang dibekalkan pada Citroen C4 X termasuklah pada My Citroen Drive Plus yang mana meliputi sistem infohiburan bersaiz 10 inci yang boleh diubahsuai menggunakan Widget mengikut kegemaran pemilik. Juga boleh diaktifkan melalui sistem arahan Hello Citroen. Malah sekiranya anda terlibat dengan sebarang kecelakaan hingga mengakibatkan beg udara diaktifkan, suatu notifikasi akan dihantar ke pusat kecemasaan berhampiran berdasarkan lokasi kenderaan sekali gus menghantar bantuan awal. Canggih bukan?

Adalah dijangkakan Citroen C4 X ini bakal dijual di Eropah, Timur Tengah dan juga benua Afrika mengikut spesifikasi enjin yang berasingan termasuklah enjin 1.2 liter turbo tiga silinder dan juga enjin turbodiesel empat silinder.
Jadinya, ini mungkin jawapan kepada anda yang ingin kan sebuah model Crossover yang lawa tapi dalam masa yang sama anda inginkan kepelbagaian ruang bonet serta rupa sebuah coupe. Hmmmmm pelik ke tidak ni sebenarnya?
BACA : CITROEN C4 BAHARU – APA PASAL DAH NAMPAK MACAM SUV PULA SEKARANG NI?
BACA : CITROEN GRAND C4 SPACETOURER – MPV PREMIUM 7 TEMPAT DUDUK,

