Buletin

THOMAS INGENLATH DIBAWA BALIK KE VOLVO, DILANTIK KETUA PEGAWAI REKA BENTUK

Volvo Cars  mengumumkan pelantikan semula Thomas Ingenlath sebagai Ketua Pegawai Reka Bentuk berkuat kuasa 1 Februari 2026.

Pelantikan ini menyaksikan kembalinya Thomas Ingenlath ke Volvo Cars selepas pernah memegang peranan penting sebelum ini.

Dalam jawatan baharu, beliau akan menyertai Pasukan Pengurusan Eksekutif Volvo Cars dan mengetuai organisasi reka bentuk global syarikat merangkumi keseluruhan portfolio produk.

Peranan dalam Organisasi Reka Bentuk Global

Sebagai Ketua Pegawai Reka Bentuk, Thomas Ingenlath akan bertanggungjawab memimpin hala tuju reka bentuk Volvo Cars di peringkat global.

Beliau akan bekerjasama rapat dengan pasukan dalaman bagi memastikan reka bentuk kenderaan Volvo kekal tersendiri, relevan dan selari dengan identiti jenama.

Selain teknologi keselematan, reka bentuk merupakan DNA yang membentuk kenderaan Volvo. Falsafah timeless begitu sinonim dan menjadi untuk Volvo.

Pengalaman Sebelum Ini di Volvo Cars

Sebelum ini Thomas Ingenlath pernah berkhidmat sebagai Naib Presiden Kanan Reka Bentuk di Volvo Cars.

Dalam tempoh tersebut, beliau memainkan peranan utama dalam membentuk identiti reka bentuk Scandinavia moden yang menjadi asas kepada barisan produk Volvo masa kini.

Pengalaman tersebut meletakkan reka bentuk sebagai salah satu elemen teras dalam pembangunan produk Volvo Cars.

Kepimpinan di Polestar

Selepas meninggalkan Volvo Cars, Thomas Ingenlath menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Polestar.

Di bawah kepimpinannya, Polestar dibangunkan sebagai jenama prestasi elektrik yang berfokuskan reka bentuk, bermula dari peringkat awal penubuhan sehingga menghasilkan model produksi dalam pasaran global yang kompetitif.

Reka Bentuk Kekuatan Syarikat

Ketua Pegawai Eksekutif Volvo Cars, Håkan Samuelsson, menyatakan bahawa reka bentuk merupakan antara kekuatan utama syarikat dan akan terus menjadi faktor pembeza dalam pembangunan mobiliti elektrik premium.

Beliau turut menegaskan bahawa pengalaman serta visi Thomas Ingenlath akan memperkukuhkan kepimpinan reka bentuk Volvo Cars.

Menurut Håkan Samuelsson, pendekatan ini penting bagi memastikan kenderaan Volvo terus mencerminkan nilai teras jenama dan memenuhi jangkaan pelanggan di seluruh dunia.

Peralihan Kepimpinan

Dalam masa yang sama, Volvo Cars merakamkan penghargaan kepada Nicholas Gronenthal yang telah berkhidmat sebagai Ketua Reka Bentuk Global Interim sepanjang tempoh peralihan.

Syarikat turut mengucapkan tahniah atas pelantikan beliau sebagai Ketua Reka Bentuk bagi rantau Amerika.

Google ads
Back to top button