Buletin

TIADA KERETA ICE DALAM UBER BERMULA 2030

Syarikat Uber tidak akan membenarkan penggunaan kenderaan berenjin pembakaran dalaman (ICE) dalam platform tersebut bermula 2030.

Menurut CEO-nya, Dara Khosrowshahi memberitahu CBS News, syarikat itu menyasarkan penggunaan kenderaan elektrik sepenuhnya menjelang akhir dekad ini di Amerika Syarikat, Kanada dan Eropah.

“Sekiranya kami melakukan kerja kami, kami akan menjadi sebuah syarikat yang menggunakan EV sepenuhnya,” ujar CEO itu apabila ditanya adakah kenderaan ICE masih lagi dibenarkan dalam platform itu.

Uber juga akan melancarkan program Uber’s Comfort Electric yang membolehkan para pengguna memilih kenderaan elektrik untuk perjalanan mereka untuk 25 bandar dan negeri di Amerika Utara.

Namun, daripada jumlah satu juta pemandu, Uber hanya memiliki 25,000 unit kenderaan elektrik sahaja di dalam armada mereka.

Perancangan Khosrowshahi turut merangkumi proses menggandakan jumlah penggunaan EV menjelang tahun 2023, serta memperuntukkan $800 juta untuk mengurangkan kos pembelian EV yang agak tinggi pada ketika ini.

Pada ketika ini, Uber membayar tambahan $1 kepada pemandu EV untuk setiap trip yang dibuat, selain memberikan diskaun untuk kos pengecasan.

Uber juga turut berkerjasama dengan Hertz yang membolehkan pemandunya menyewa kereta-kereta Tesla secara mingguan atau bulanan. – Carscoops

Google ads
Back to top button