Artikel Pilihan

TIDAK AKAN ADA FERRARI DENGAN SISTEM PEMANDUAN AUTONOMI – CEO FERRARI

Ferrari baharu sahaja mendedahkan perancangan akan datang mereka di Itali beberapa hari lepas dan memberi gambaran tentang hala tuju mereka dalam era EV. Mereka turut menyebut tentang pengganti LaFerrari dan membayangkan Purosangue SUV tidak akan menjadi sebuah model off-road sebenar.

Ye la, sapa nak pandu SUV mahal-mahal masuk hutan bang. Malah CEO Ferrari, Bendetto Vigna memberikan satu lagi khabar menarik yang Ferrari tidak akan sesekali menghasilkan model dengan sistem autonomi sepenuhnya.

Beliau menyambung yang mereka akan terus membangunkan sistem bantuan pemanduan dan melakukan penambah baikan tetapi tidak sesekali akna menggunakan sistem autonomi tahap-5. Betullah tu, apa yang bestnya naik supercar yang dipandu oleh komputer, baik naik LRT je terus.

Vigna dalam satu temubual bersama Bloobmberg menyatakan yang tidak ada pelanggan akan menghabiskan wang untuk menikmati pemanduan dalam Ferrari yang dipandu oleh komputer. Nilai sebenar pemanduan ialah pada pemandu sebenar, seorang manusia yang tidak boleh digantikan oleh sistem komputer, sambung beliau. Untuk kereta biasa okeylah kot, Ferrari ni untuk dinikmati pemandu sejati, bukannya beli untuk kumpul downline.

Itu janji Ferrari tapi siapalah kita untuk meramalkan masa depan kan. Sebelum ni pun sudah beberapa tahun mereka berjanji tidak akan menghasilkan SUV tapi akhirnya dalam sedikit masa lagi Purosangue akan dilancarkan. Opps, takkan nak tengok Porsche dan Lamborghini je mengaut keuntungan dalam pasaran SUV super.

Google ads
Back to top button