
BENTLEY BENTAYGA EXTENDED WHEELBASE 2023. LEBIH LUAS DAN MEWAH
Bentley baru-baru ini menambah model kelima apabila memperkenalkan Bentayga Extended Wheelbase (EWB) di samping model standard Bentayga.
Bentayga yang dipanjangkan itu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh model Mulsanne. Ia menawarkan ruang dalaman lebih luas kepada pelanggan. Jentera itu dipanjangkan sebanyak 180mm di antara gandar yang menjadikan tapak rodanya kini sepanjang 3,175mm.
Semua ruang itu diberikan kepada ruang kabin belakang yang meningkatkan lagi aspek kemewahannya. Bukan itu sahaja, Bentley turut memasang tempat duduk paling selesa yang dikenali sebagai Bentley Airline Seat. Kerusi itu boleh dilaras seperti menyandar sehingga 40 darjah menerusi skrin sentuh boleh alih yang dilengkapi teknologi pengesan suhu.

Ciri berkenaan mampu mengesan suhu badan penumpang dan kelembapan permukaan kerusi, sebelum menyalurkan udara sejuk, panas atau kedua-duanya sekali.
Kerusi itu juga menggunakan alat pengesan untuk mengukur tekanan permukaan dan membuat perubahan kecil ke atas posisi duduk menerusi enam zon tekanan bagi mengurangkan keletihan dalam perjalanan yang jauh.
Satu lagi ciri mewah ialah pintu yang ditutup sendiri, pemanas pada perehat tangan dan pintu belakang, rekaan permaka baharu serta pilihan Iluminasi Bentley Diamond. Sebaik sahaja butang ditekan, lampu LED akan menyala dan penumpang boleh menukar warna serta intensiti cahaya.

Bentayga EWB dibezakan melalui pinta belakang yang ekstra panjang, selain gril vane vertikal yang diambil daripada model sedan Flying Spur dan rim bersaiz 22 inci.
SUV itu menggunakan enjin 4.0 liter V8 yang mampu menjana kuasa 550PS dan tork 770Nm. Ia menawarkan pecutan 0-100km/j dalam masa 4.6 saat dan kelajuan maksimum 290km/j.
Bentayga menjadi antara model penting Bentley dengan mewakili satu pertiga daripada jualan keseluruhannya.
Bentley menjangkakan model EWB akan menyumbang sebanyak 45 peratus kepada jualan SUV keluarannya pada masa depan. Harga Bentayga EWB akan diumumkan dalam beberapa bulan lagi dengan penyerahan pertama dijadual pada hujung tahun ini.
- BACA: LELAKI RUSIA TUKAR BENTLEY CONTINENTAL GT JADI KERETA KEBAL
- BACA: SELAMAT TINGGAL ENJIN BENTLEY L-SERIES V8, DARI 1959-2020!
- BACA: SOROK DADAH RM6.43 JUTA DALAM BENTLEY FLYING SPUR, 2 LELAKI DITAHAN
- BACA: TOYOTA CENTURY, SEDAN MEWAH SETARA DENGAN ROLLS-ROYCE, BENTLEY. HANYA UNTUK JDM
GALERI








