
VOLKSWAGEN UBAH SUAI TRANSPORTER UNTUK BAWA BANDUAN KE PENJARA
Volkswagen Commercial Vehicles baru-baru ini memndedahkan sebuah van yang bakal digunakan oleh polis mengangkut banduan ke penjara.
Dibina di atas model Volkswagen Transporter varian Trendline, van itu mempunyai sel tahanan yang boleh memuatkan dua orang pesalah dan direka untuk memastikan keselamatan mereka.

Bahagian belakangnya juga mempunyai satu tempat duduk untuk pegawai polis dan sistem keselamatan selak berkembar bagi menghalang pintu belakang dibuka dari arah dalam.
Jentera tersebut turut dipasang dengan lampu LED, siren berkuasa 100-watt dan pelekat pasukan polis. Ia menggunakan khidmat enjin 2.0 liter berkuasa 150PS yang jimat.
Ubahsuai itu dilakukan oleh pihak Approved Blue Light Converter Safeguard SVP di Essex, England.

“Kenderaan ini menawarkan pasukan polis satu penyelesaian pengangkutan yang praktikal, boleh dipercayai dan ekonomikal kepada pasukan polis.
“Kami jangka ia akan laris sebaik sahaja diperkenalkan,” kata Pengurus Jualan Teknikal Volkswagen Commercial Vehicles, Steven Cowell.
Kenderaan agensi kerajaan seperi polis atau ambulans sering mahukan ubah suai khas. Justeru, Volkswagen Commercial Vehicles ada menawarkan pelbagai bentuk ubah suai bagi memenuhi apa jua kehendak pelanggannya.
Sebelum ini, ia pernah mempakerkan sebuah van untuk kegunaan pasukan anti-rusuhan dan kenderaan membawa anjing polis.
- BACA: VOLKSWAGEN MENANG KES TUNTUTAN HAKCIPTA REKA BENTUK BEETLE
- BACA: VOLKSWAGEN JETTA MODIFIED ORIGINAL FAST & FURIOUS UNTUK DIJUAL – SEMESTINYA TIDAK MURAH
- BACA: ENJIN 1.5 TSI ACT BLUEMOTION VOLKSWAGEN – MIKRO HIBRID, JIMAT SEPERTI ENJIN DIESEL
- BACA: VIDEO REBIU: SEDAN VOLKSWAGEN – VENTO, JETTA & PASSAT B8







