Buletin

TIV 2022 MAMPU CAPAI REKOD TERTINGGI. PENGELUARAN DAN JUALAN SEPTEMBER 67,659 UNIT, NAIK 0.1%

TIV Industri automotif tempatan dijangka mampu mencapai rekod tertinggi pada 2022 sekiranya momentum penghantaran dapat dikekalkan sepanjang suku terakhir tahun ini.

Dengan pengeluaran kenderaan yang dilihat semakin pulih, TIV bulanan kekal pada paras tertinggi walaupun masih terdapat masalah rantaian bekalan.

Masalah seperti peningkatan pinjaman, kos sara hidup dan kenaikan harga kereta pada 2023 menjadi antara faktor tempahan kereta baharu kekal lemah, menurut RHB Research.

Dalam satu kenyataan mengenai pengeluaran dan jualan untuk September, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menyatakan bahawa TIV kekal pada 67,659 unit, 0.1 peratus lebih tinggi berbanding Ogos.

Bilangan kereta yang dijual pada bulan September melonjak sebanyak 53 peratus atau 67,659 unit berbanding 44,227 unit setahun sebelumnya. Ia menjadikan TIV tahun ini adalah 516,798 unit.

Sekiranya TIV bulanan sepanjang Oktober hingga Disember berjumlah kira-kira 68,000 unit, TIV 2022 boleh mencapai 720,000, kata RHB Research.

MIDF Research menyatakan tempahan baharu dari Julai 2022 dan seterusnya mungkin akan memasuki TIV mulai April 2023. Ini membolehkan hasil tempahan masa hadapan masih kukuh.

Bagaimanapun, firma penyelidikan itu berkata potensi tempahan menurun mungkin disebabkan oleh dolar AS yang lebih kukuh. Ia boleh memberi kesan kepada pemain tertentu seperti UMW Holdings Bhd serta Tan Chong Motor Holdings Bhd.

Syarikat penyelidikan menganggarkan bahawa UMW Toyota membentuk kira-kira 30 peratus hingga 40 peratus daripada keseluruhan pendapatan kumpulan. Namun begitu, suka diingatkan bahawa tekanan makroekonomi boleh menjejaskan jualan dan pendapatan kereta 2023. – The Star

Google ads
Back to top button