Buletin

TMF ANJUR PERTANDINGAN PEMBANGUNAN URBAN GENERASI BARU. TAWAR GERAN BERNILAI RM6.21 JUTA

Toyota Mobility Foundation (TMF) telah memeterai persetujuan dengan Malaysia Digital Economi Corporation (MDEC) untuk melancarkan program City Architecture for Tomorrow Challenge (CATCH).

CATCH merupakan pertandingan pertama seumpamanya di rantau ini yang akan menarik penyertaan inovatif dan berdasarkan data melibatkan peserta-peserta peringkat global.

Ia bermatlamat untuk meningkatkan kecekapan dari segi perancangan bandar serta memacu ke arah masa depan mobiliti yang lebih lestari.

Kerjasama itu juga akan membolehkan Kuala Lumpur menjadi pelopor dalam meletakkan tanda aras bagi pembangunan bandar generasi baru dan pengurusan mobiliti bandar di rantau ini.

Dana RM6.21 juta

CATCH akan mencari jalan untuk mengatasi cabaran-cabaran mobiliti di Kuala Lumpur dengan penglibatan penyelesaian peringkat global dalam tempoh lapan bulan.

Semua peserta yang terdiri daripada entiti pemula, ahli akademik, firma kaji selidi, badan koporat, dan orang ramai boleh menyumbang idea untuk membangunkan konsep. Selain mencadangkan penyelesaian yang dinamik, pintar serta berasaskan data dalam merencana infrastruktur bandar masa depan.

Justeru, TMF menyediakan geran sehingga AS$1.5 juta (RM6.21 juta) bagi setiap peringkat pertandingan ini. Peserta juga akan mendapat khidmat mentor, nasihat pakar dan program inkubasi.

Sediakan data

CATCH akan menyediakan data kepada peserta untuk memperkasa usaha membangunkan penyelesaian yang akan dipilih, selari dengan Akta Perlindungan Data Peribadi.

Rakan usahasama data terdiri daripada sektor awam dan swasta yang memiliki data berbeza berkaitan pergerakan pengguna. Antaranya ialah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), PDRM, Agensi Pengangkutan Awam Darat, Grab, MapIT MSC, Mass Rapid Transit Corporation dan Prasarana Malaysia.

“TMF ditubuhkan untuk mengatasi isu-isu berkaitan mobiliti di seluruh dunia. Ia akan  menggunakan pendekatan yang dipacu oleh kemapanan, inovasi dan kerjasama.

“CATCH direka dengan kerjasama kerajaan Malaysia untuk menggalakkan campur tangan berasaskan data dengan tumpuan terhadap masyarakat bagi memperbaiki perancangan bandar serta ekosistem mobiliti,” kata Presiden Sekretariat, Toyota Mobility Foundation, Shin Aoyama.

Tags
Google ads
Back to top button