Buletin

LEXUS UX 200 SUDAH BOLEH DITEMPAH. HARGA BERMULA RM243,888

Anda kini sudah boleh menempah model Lexus yang paling ditunggu-tunggu, Lexus UX 200 mulai sekarang.

SUV kompak pertama Lexus itu dijangka dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi. UX 200 didatangkan dalam tiga varian iaitu UX Urban, UX Luxury dan UX F-Sport. Harga adalah seperti berikut:

Antara ciri yang ada pada UX 200 ialah pintu belakang kuasa, pengecasan tanpa wayar, kotak gear CVT 10 kelajuan dan banyak lagi.

Dibina di atas platform baharu dikenali sebagai Global Architecture-C, jentera itu menjanjikan pemanduan yang lebih stabil dan dinamik. Aspek keselamatan dipertingkatkan menerusi Lexus Safety System + (LSS+).

LSS+ merupakan gabungan sistem keselamatan yang turut meningkatkan keseronokan memandu. Ia memiliki banyak sensor dan kamera yang berfungsi untuk mengelak kemalangan.

“Model baharu yang dinamik ini sememangnya hasil kejuruteraan kreatif yang diketuai oleh ketua jurutera wanita pertama Lexus. Reka bentuknya mengambil inspirasi Engawa (kejuruteraan tradisional Jepun yang menghubungkan bahagian dalaman dan luaran dengan harmoni).

“UX 200 menampilkan elemen rekaan mewah Jepun seperti jahitan Sashiko. Ia juga menjadi model Lexus pertama yang menawarkan kemasan baaru yang diinspirasikan daripada kertas Jepun dikenali sebagai Washi,” kata Naib Pengerusi Lexus Malaysia, Akio Takeyama.

Diimport sepenuhnya dari Jepun, UX 200 hadir dengan jaminan komprehensif selama lima tahun tanpa had perbatuan.

GALERI

Google ads
Back to top button