,
Buletin

TMS 2019: LF-30 KERETA ELEKTRIK LEXUS PERTAMA DI DUNIA!

Mekanika masih berada di Tokyo untuk acara pameran automotif Tokyo Motorshow, sebentar tadi Lexus baru sahaja memperkenalkan kenderaan konsep terbaru mereka yang didakwa hampir kepada produksi sebenar.

Lexus LF-30, ia adalah impian masa hadapan untuk ssebuah kenderaan elektrik sepenuhnya yang mewah dan dilengkapi segala teknologi terkini.

Lebih menarik lagi, kenderaan elektrik sepenuhnya dikatakan akan dihasilkan untuk produksi pada tahun hadapan, ia lebih pantas dari jenama Toyota sendiri yang belum mempunyai kereta elektrik untuk pasaran massa.

Apa yang menarik?

Lexus LF-30 dilengkapi EMPAT motor elektrik yang dipasang pada keempat-empat roda. Tidak dinyatakan kuasa pada setiap motor dan kapasiti bateri yang digunakan namun Lexus memberitahu bahawa mereka akan pertama kalinya menggunakan teknologi terbaru bateri dari Toyota yang dkenali sebagai solid state bateri.

Kawalan stering pula menggunakan kuasa elektrik yang disambung kepada elektrik. Tiada sambungan langsung antara roda stering dan roda sebaliknya kawalan adalah menerusi elektronik sepenuhnya.

Tags
Google ads
Back to top button