,
Motosikal

TMS 2019: PREMIER DUNIA CT125 CONCEPT, SUPER CUB VERSI SCRAMBLER!

Honda Motor Co. hari ini melakukan premier dunia motodikal CT125 Concept yang dibangun berasaskan kepada siri Super Cub pada acara Tokyo Motor Show 2019.

Menjadi salah sebuah motosikal paling popular di dunia, Super Cub merupakan antara pemangkin dalam menaikkan jenama Honda sebagai pembuat jentera dua roda yang cukup berpengaruh.

CT125 Concept dilihat memberi nilai baru kepada Super Cub menerusi strukturnya yang direka agar boleh digunakan di laluan off-road. Senang cakap, ini ialah versi scrambler untuk Super Cub.

Rekaan luaran yang ranggi dan prestasi merangsang semangat penunggangnya. Lihat sahaja kepada suspensi hadapan dan rim lidi yang digunakan.

Mewarisi konsep CT, jentera itu dipasang dengan fender hadapan besi, muffler yang diletakkan di atas enjin, pelantar luas di belakang, saluran pengambilan udara di posisi tinggi dan pembersih udara di sebelah sisi. Semua itu memberikannya gayaan yang unik.

Biarpun begitu, ia menawarkan karekteristik kasual yang sesuai untuk tunggangan harian.  

CT125 menggunakan enjin selinder tunggal empat lejang dengan sistem penyejukan udara yang senyap dan menjimatkan bahan api. Mampu menjana kuasa sekitar 6.66kW, enjin itu dipadankan dengan kotak gear empat kelajuan.

Honda sebenarnya sudah lama menghasilkan model Trail Cub ini bermula pada tahun 1964, hanya beberapa tahun selepas Cub diperkenalkan. Tahun lalu, Honda menaik taraf Super Cub dengan memberinya enjin berkapasiti lebih besar.  

Dalam tempoh 60 tahun, Honda telah berjaya menjual lebih 100 juta unit Cub di seluruh dunia.

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button