
TOM CRUISE PANDU BMW M5 TANPA PINTU
BMW cukup sinonim dengan francais filem Mission: Impossible. Ia berikutan dua jenama ini menjalin kerjasama sejak tahun 2011 lagi.
Jentera i8 yang merupakan model konsep telah membuat cameo dalam filem berjudul Ghost Protocol.
Kerjasama diteruskan dalam siri keenam, Mission: Impossible – Fallout apabila Tom Cruise sebagai peneraju utama memegang watak Ethan Hunt memandu sebuah BMW M5.
Bagi siri ketujuh, kerjasama diteruskan seperti rakaman yang dimuatnaik melalui SupercarsNews di Youtube.
Rakaman itu bukanlah beresolusi tinggi dan tidak dapat menunjukkan dengan jelas sama ada Ethan Hunt memandu 5-Series biasa atau M5.
Bagaimanapun, melalui pemerhatian teliti anda akan perasan difuser belakang dan ekzos quad member gambaran bahawa jentera tersebut merupakan model M5.
Apa yang jelas babak itu dirakam di jalan sempit di Rome sekali gus menunjukkan pemanduan penuh aksi BMW itu dikejar jetera polis.
Tidak dapat dipastikan sama ada pendukung filem itu memandu sendiri dalam aksi lagak ngeri itu.

Begitupun, dia cukup gemar memandu sendiri untuk aksi lagak ngeri dalam filem-filem Mission: Impossible terdahulu.
Mission: Impossible 7 dijadualkan pecah panggung pada 19 November 2021 diikuti dengan sequel pada tahun berikutnya.
Ia sepatutnya menemui penonton pada 23 Julai 2021, tetapi ditangguhkan kerana pandemik Covid-19- agensi
- BACA: APA JADI PADA KERETA BMW M4 SELEPAS DILENJAN OLEH ROBERT KUBICA
- BACA: BMW MOTORRAD PERKENAL MODEL M PERTAMA M 1000 RR. 209 HP/113 NM
- BACA: BUAT SERBUAN DI RUMAH PENGEDAR GANJA, POLIS JUMPA PULUHAN UNIT SUPRA, BMW M3, SKYLINE DAN EVO
- BACA: JUALAN GENESIS ATASI MERCEDES-BENZ, BMW DALAM SEGMEN PREMIUM DI KOREA SELATAN