
BMW MOTORRAD PERKENAL MODEL M PERTAMA M 1000 RR. 209 HP/113 NM
BMW Motorrad terus bergerak ke hadapan dengan memperkenalkan model M pertama dikenali sebagai M 1000 RR.
Model terbaharu ini berdasarkan S 1000 RR dan menjadi inspirasi kepada jenama BMW ke segmen superbike.
M 1000 RR mendapat khidmat enjin empat silinder sebaris yang dimiliki S 1000 RR. Begitupun, ia dilengkapi piston baharu, ruang pembakaran diubah suai bersesuai dengan jentera terbaharu ini dan rod penghubung titanium.

Jentera ini turut memiliki nisbah mampatan enjin lebih tinggi, dilengkapi rocker arm lebih ringan, ekzos titanium dan port kemasukan geomtri baharu.
Dengan menampilkan ciri-ciri terbaharu tersebut, jentera ini mampu menghasilkan 209 hp dan tork 113 Nm sekali gus menunjukkan peningkatan sebanyak 5 hp berbanding model terdahulu.

Selain itu, BMW M 1000 RR ini turut didatangkan komponen winglet gentian karbon yang mampu meningkatkan daya turun.
Ia juga dikatakan mampu ketika jentera ini melakukan pecutan dan meningkatkan kadar kestabilan ketika membrek serta mengambil selekoh.
Model ini hadir dengan kerangka aluminium, fork hadapan terbalik yang telah dioptimumkan dalam tunggangan dan pusat spring brek dinaiktaraf serta kinematik Full Floater Pro.

Perubahan ini membantu meningkatkan prestasi membrek, kawalan anti-squat, serta memberikan pengalaman tunggangan terbaik.
Set rim pula diperbuat daripada gentian karbon manakala sistem brek M diperoleh daripada pembabitan BMW Motorrad dalam perlumbaan Superbike World Championship.
Ciri-ciri lain termasuk skrin digital bersaiz 6.5 inci, dan boleh dilengkapkan dengan ciri opsyen M GPS laptrigger dan M GPS data logger.
Buat masa ini, BMW Motorrad masih belum mendedahkan harga bagi jentera M 1000 RR. – carscoops.
- BACA: BILSTEIN HASILKAN SUSPENSI UNTUK SUPERBIKE. BAKAL JADI OEM BMW MOTORRAD?
- BACA: BMW MOTORRAD LANCAR GS750, 1250RT, C400X & C400GT. BERMULA RM44K SAHAJA!
- BACA: FORD F-150 BERGESEL DENGAN SUPERBIKE. CUBA LARIKAN DIRI
- BACA: VYRUS ALYEN – SUPERBIKE UNTUK PASARAN MAKHLUK ASING?
GALERI