Artikel PilihanBuletin

TOP GEAR DAKWA FERRARI 812 TERLALU LAJU UNTUK DIPANDU DI JALAN RAYA

Semasa membangunkan model 812 Superfast, Ferrari menumpukan pada semua aspek penting dalam kejuruteraannya. Dengan itu, mereka telah menghasilkan enjin N/A yang paling berkuasa yang pernah dihasilkan dalam industri automotif. Ia adalah kereta jalanan sebenar, ruang dalaman yang bagus dan juga terdapat ruang bagasi yang tak ada pada model-model super lain.

Walau bagaimanapun, semasa proses membinanya, mereka terlupa satu aspek penting, nama. Oleh itu, 812 membawa nama yang agak luar biasa – Superfast. Ya. Kereta ini benar-benar laju.

Bekas pengacara  Top Gear, Matt LeBlanc mendakwa mesin ini terlalu pantas untuk digunakan di jalan raya.

Untuk melihat apa yang dikatakan mengenai supercar ini, LeBlanc membawanya ke litar Imola, trek Itali terkenal yang terletak kira-kira 40 km (25 batu) di timur Bologna dan hanya 80 km (50 batu) di timur kilang Ferrari, di Maranello.

Tanpa had laju undang-undang yang perlu dikhuatirkan, LeBlanc membuat beberapa pemerhatian lain mengenai 812 Superfast, sebelum memberi penghormatan kepada salah satu pelumba Formula 1 terbaik sepanjang zaman, Ayrton Senna, yang kehilangan nyawanya di selekoh Tamburello, pada Mei 1, 1994, selepas menghentam dinding pada 233km/j.

Google ads
Back to top button