Buletin

WRC 2019 : SÉBASTIEN OGIER MENANG DI MEXICO

Pelumba handalan Perancis, Sebastian Ogier yang memandu Citroen C3 WRC kembali membuktikan kehandalannya apabila berjaya menungguli saingan yang terik dan berdebu di Mexico dengan mengenepikan saingan sengit yang diberikan oleh Ott Tänak yang juga tampak semakin konsisten dalam 3 pusingan awal WRC 2019 ini.

Sebastian Ogier yang tampil dengan pemanduan konsisten sepanjang perlumbaan di Mexico sehinggalah ke hari akhir saingan sekaligus membuktikan bahawa beliau semakin serasi bersama kereta C3 beliau.

Ini adalah kemenangan yang ke 46 sepanjang perlumbaan beliau secara keseluruhan. Dan kemenangan kelima di Mexico ini bersama kereta baharu sesudah melakukannya bersama Volkswagen dan juga Ford sebelum ini. Memang handal sungguh si Sebastian Ogier ini sebenarnya.

Bagi penyandang juara bertahan WRC 2018 ini, sudah tentu kemenangan kedua sesudah memenanginya di perlumbaan pertama di Monte Carlo dianggap sebagai melonjakkan lagi moral beliau untuk mempertahankan kejuaraan. Apatah lagi setelah beralih ke pasukan Citroen.

Tempat kedua yang diraih pelumba dari Toyota Ott Tanak yang bermula terlebih dahulu selaku pendahulu kedudukan pemandu pada saingan hari Jumaat. Pelumba Estonia ini sebetulnya mempertaruhkan dengan pilihan tayar campuran antara Hard & Medium Compound bagi baki tiga saingan pada hari terakhir berbanding Elfyn Evans dengan pilihan tayar Medium Compound.

Percaturan itu hampir memakan diri, namun Tanak berjaya mendahului pada saat akhir sekaligus menghampakan pelumba dari Britain yang memandu Ford Fiesta WRC itu sekaligus memaksa pelumba dari Britain itu berpuas hati di tempat ketiga keseluruhan.

Keputusan itu setidaknya memberikan suntikan moral buat pasukan M-Sport Ford yang kelihatan agak tenggelan dalam dua perlumbaan awal. Apatah lagi sementelah mereka kehilangan Sebastian Ogier sebagai pemandu pasukan.

Manakal malang menimpa buat rakan sepasukan Ogier, Esapekka Lappi yang terkandas apabila kereta beliau tersangkut di tepi parit ke apa tah sewaktu garisan penamat di SS Guanajuatito tinggal lagi 800 meter sahaja. Bahagian belakangnya keretanya di tersangkut dengan bahagian hadapan kereta melintang di tengah jalan dan tidak dapat dialihkan.

Pusingan keempat pula bakal berlangsung di Perancis penghujung bulan Mac ini. Sudah tentu ianya akan menjadi tumpuan buat Sebastian Ogier serta Citroen. Iyalah. Tuan rumah kot. Mampukah kecemerlangan mereka berterusan?

Kedudukan Pemandu

  1. Ott Tanak – 65 Mata
  2. Sebastian Ogier – 61 Mata
  3. Thierry Neuville – 55 Mata

Kedudukan Pengeluar

  1. Toyota Gazoo Racing – 86 Mata
  2. Citroen Total – 78 Mata
  3. Hyundai Shell Mobis – 77 Mata

BACA : WRC 2019 – GILIRAN OTT TANAK PULA MENJUARAI DI SWEDEN

BACA : SEBASTIAN OGIER MENJUARAI RALI MONTE CARLO BUAT KALI KEENAM BERTURUT

Tags
Google ads
Back to top button