Buletin

TOYOTA AKAN BUKA SEMULA PUSAT SERVIS TERPILIH DI SELURUH NEGARA

Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia sejak 18 Mac 2020, semua perniagaan kecuali yang berkaitan perkhidmatan penting dikehendaki menghentikan operasi.

Pusat servis kenderaan menjadi antara operasi perniagaan yang perlu ditutup, walaupun servis dan bantuan kecemasan dibenarkan.

Namun, susulan lanjutan pelaksanaan PKP sehingga 28 April 2020, MITI telah memberi kebenaran kepada syarikat automotif untuk menyambung semula perkhidmatan lepas jualan di cawangan terpilih.

UMW Toyota Motor telah mendapat kelulusan daripada MITI untuk membuka semula pusat servis rasmi Toyota.

Justeru, operasi cawangan servis terpilih untuk kecemasan dan keperluan servis segera akan dimulakan dalam kapasiti minimum.

Perkhidmatan kepada pelanggan adalah berdasarkan temu janji sahaja. Pelanggan perlu menghubungi pusat servis terdekat untuk mengesahkan pusat servis berkenaan mula beroperasi. Seterusnya menetapkan temu janji yang sesuai sebelum datang ke premis. 

Segala usaha akan diambil untuk memastikan keselamatan pelanggan ketika mereka berada di pusat servis. Menjaga jarak sosial sekurang-kurangnya satu meter atau lebih akan dilaksana bagi mengelakkan kemungkinan jangkitan virus.

Kenderaan yang dibeli daripada UMW Toyota Motor  atau pengedar rasmi dan tempoh jaminan sahnya berakhir sepanjang tempoh PKP, lanjutan 30 hari akan diberikan bermula dari hari terakhir PKP dilaksanakan.

Syarikat juga akan terus menyediakan sokongan serta bantuan kepada semua pelanggan yang mempunyai sebarang kecemasan atau pertanyaan sepanjang tempoh PKP melalui talian hotline sedia ada.

Pelanggan boleh menghubungi nombor-nombor seperti yang tertera di bawah untuk maklumat lanjut:

Google ads
"
"
Back to top button