Artikel Pilihan

KIA e-SOUL – SIAPA KATA EV TAK ADA JIWA?

Kia Soul ini sebenarnya merupakan sebuah model yang popular juga sebenarnya di luar negara terutamanya di pasaran Amerika Syarikat dan juga Eropah. Maka tidak hairanlah seandainya Kia Soul ini antara model global yang penting dan telah pun memasuki ke generasi ketiga pembinaan model ini. Dan bagi membuktikan kepopularan model ini, Kia Soul.

Sebetulnya sedari generasi kedua lagi Kia Soul ini turut diberikan status kenderaan elektrik (EV). Memandangkan Kia Soul ini telah pun memasuki generasi ketiga semenjak tahun sudah, maka sudah tentu Kia akan turut pemperkenalkan konsep EV terhadap model Crossover bandar ini. Dan inilah dia, Kia e-Soul.

Satu perkara yang harus diperakui, reka bentuk Kia Soul terbaharu ini nampak macam ngam sangat dengan konsep EV masa kini. Rekaannya yang sedikit petak dan ringkas tetapi funky ini jelas sekali lari dengan rekaan lazim sebuah model Kia.

Lampu utama model ini yang tirus itu meminjam terus daripada model Kia Soul generasi ketiga tanpa ada sebarang perubahan. Walau bagaimana pun terdapat perubahan kecil pada rekaan bampar hadapan, tiada laluan angin pada ruangan enjin. Ianya telah ditutup sepenuhnya dan di situ jugalah tersembunyi panel soket mengecas bateri kenderaan.

Kia Soul generasi ketiga ini sebenarnya telah diperbesarkan sedikit saiznya, baik dari segi kelebaran, panjang dan juga tinggi kenderaan menjanjikan ruang yang lebih selesa buat lima penumpang di dalamnya. Dan sebagai sebuah EV, Kia e-Soul ini didatangkan dengan dua pilihan kuasa, sama ada jarak jauh (64 kWh) dan juga standard (39.2 kWh). Menariknya tentang motor elektrik ini, ianya mempunyai kuasa tork 395 Nm, lebih berkuasa berbanding model terdahulu (tork 285 Nm).

Jarak perbatuan untuk kedua pilihan kuasa motor elektrik ini adalah 452 km dan juga 276 km. Kira orait jugalah kan. Setakat untuk ulang alik pergi kerja, ambil yang standard pun ok dah sebenarnya. Pek bateri AAA pula disorokan di bahagian bawah kaki penumpang. Ni BK seloroh aja tau. Kau jangan pergi percaya pula Kia guna bateri AAA.

Ciri yang ada pada model ini juga sebenarnya boleh tahan menarik. Buat pertama kalinya untuk pasaran di Eropah, Kia e-Soul ini mengaplikasikan sistem infohiburan UVO, yang membolehkan segala data dan input daripada telefon pintar disambungkan terus ke sistem ini. Untuk menambahkan lagi ciri canggih yang ada pada model ini, Head-Up Display (HUD) turut digunapakai bagi memaparkan info penting meliputi tahap kelajuan tanpa berkompromi dengan pandangan sang pemandu.

Sejujurnya Kia e-Soul ini mempunyai penampilan yang tampak funky. Sesuai untuk semua golonngan. Guna tenaga elektrik pula. Maka, tidak hairanlah seandainya model moden sebegini tidak sukar untuk mencari pemilik baharu kelak.

BACA : KIA SOUL – KERETA YANG ADA SOUL DI AMERIKA SYARIKAT

BACA : KIA MOTORS PERKENAL SOUL EV

Google ads
Back to top button