BuletinModifikasi

NISSAN JUKE STINGER

Pada LA Motor Show 2015 yang lalu, Nissan memperkenalkan dua edisi terhad Juke iaitu Black Stinger Edition dan Yellow Stinger Edition. Kereta tersebut adalah hasil kerjasama Nissan bersama Color Studio.

nissan-juke-stinger-mekanika (5)

Nissan Juke Yellow Stinger Edition  menerima kemasan warna kuning pada bahagian perumah cermin sisi, hendal pintu, spoiler belakang dan rim aluminium 17 inci berwarna hitam.

Bahagian kabin turut diterapkan dengan warna yang sama. Aksen kuning dapat dilihat pada konsol tengah, corong pendingin hawa dan di panel pintu pada bahagian butang kawalan tingkap elektrik.

nissan-juke-stinger-mekanika (2)

Sementara bahagian kerusi dibalut dengan warna hitam dengan jahitan benang kuning.

Black Stinger Edition pula adalah sebaliknya. Kemasan hitam akan digunakan pada perumah cermin sisi, hendal pintu dan spoiler belakang.  Bahagian kabin adalah sama dengan edisi Yellow Stinger.

nissan-juke-stinger-mekanika (1

Bagi konsumer  yang ingin tampil lebih unik, Nissan ada menawarkan aksesori tambahan merangkumi bonet belakang, hendal bonet belakang, kemasan bingkai lampu hadapan dan pelapik kaki khas.

Edisi khusus Nissan Juke Stinger dilengkapi enjin  1.6-liter empat-silinder pengecas turbo. Enjin tersebut berupaya menghasilkan kuasa 188bhp dan tork 239Nm. Penghantaran kuasa yang lancar dibantu oleh transmisi Xtronic.

nissan-juke-stinger-mekanika (3)

Nissan menawarkan dua pilihan pacuan iaitu pacuan roda hadapan dan pacuan semua roda versi Juke ini.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button